Skip to main content

Hiburan

“Ayah Janji Nak Ambil Result SPM Dengan Saya Tapi Allah Lebih Sayangkan Dia” - Anak Along Eyzendy

Along Eyzendy

Sekilas

  • Eyman, anak kepada arwah pelakon Along Eyzendy, berkongsi luahan hati di TikTok selepas pemergian bapanya yang dijanjikan untuk ambil keputusan SPM bersama.
  • Along Eyzendy dimasukkan ke Hospital Sultan Idris Shah akibat demam dan batuk berpanjangan sebelum disahkan ada jangkitan kuman pada stent hempedu.
  • Arwah Along meninggal dunia di ICU pada tengah malam dan sebelum ini pernah menjalani pembedahan buah pinggang selepas menerima derma daripada isteri.

Anak kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy yang dikenali sebagai Eyman menyorot perhatian apabila berkongsi luahan hati susulan pemergian bapa tercintanya itu di TikTok.

Menerusi hantaran yang dibuat, Eyman memaklumkan arwah Along berjanji untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal keluar tidak lama lagi.

“Ayah saya memang dah lama masuk hospital tapi memang tak bagitahu sesiapa dan sebelum balik asrama sempat pergi melawat.

“Ayah janji nak ambil keputusan SPM dengan saya tapi Allah lebih saya dia. Rindu ayah saya sangat,” luah Eyman.

Eyman turun memuat naik dua foto memaparkan momen dirinya bersama arwah Along.

Terdahulu, arwah Along dimasukkan ke wad Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang pada Jumaat minggu lalu akibat demam dan batuk berpanjangan.

Bagaimanapun, doktor kemudian mengesyaki terdapat jangkitan kuman pada stent di saluran hempedu arwah Along.

Along menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga pada jam 12.16 tengah malam tadi. Arwah sebelum itu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSIS.

Pada 2019, arwah Along Eyzendy pernah disahkan mengalami buah pinggang rosak dan sudah menjalani pembedahan pada 15 April 2021 selepas mendapat buah pinggang yang didermakan isterinya, Hamidah Mohd Yatim.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement