Skip to main content

Hiburan

Bagi ‘Flying Kiss’ Dekat Hael Husaini? Dayang Nurfaizah Kata….

DAYANG NURFAIZAH

Penyanyi, Dayang Nurfaizah menafikan dakwaan kononnya ‘flying kiss’ yang dibuat ketika menyampaikan lagu Akhirnya Bahagia ditujukan kepada rakan seindustri, Hael Husaini.

 

Menurut Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, isyarat berkenaan sebenarnya adalah tanda kasih sayang buat semua peminat yang hadir memberi sokongan.

Advertisement

 

“Eh salah tengok itu. Flying kiss tersebut bukan untuk Hael, tetapi untuk semua peminat yang hadir malam itu. Ia sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan kerana begitu ramai yang hadir menyaksikan Janji With Dayang di Kuala Lumpur,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, Dayang turut akui dirinya kurang sihat pada malam persembahan tersebut namun tetap berusaha memberikan yang terbaik buat peminat yang hadir memberikan sokongan kepadanya.

 

“Sebenarnya saya tidak berapa sihat, telinga pun ada berdesing dan berdengung sampai ada masa saya tak berapa dengar. Tapi saya tidak mahu menjadikannya alasan atau buat peminat risau.

 

“Bila saya nampak reaksi peminat yang gembira dan puas hati, saya sangat bersyukur dan rasa berbaloi,” ujarnya.

 

Terdahulu, Dayang menyampaikan kira-kira 17 buah lagu pada persembahan eksklusif Janji With Dayang di Menara Kuala Lumpur.

 

Antaranya, Janji, Tulus, Dunia Lain, Aku, Mana Mungkin, Andai Ku Tahu, X Missing U, Mencintai Cinta, Mungkin Ke?, Akhirnya Bahagia, Hakikat Cinta, Lemah dan Dayang Sayang Kamu.

 

Selain Hael, antara selebriti yang hadir ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ajai, Aisha Retno, Hun Haqeem, Sherry Alhadad dan Fara Fauzana.

 

Janji With Dayang diterbitkan dengan kerjasama Usanita Entertainment dan Mask Team juga selamat berlangsung di Top View @ The Top, KOMTAR pada 23 Ogos 2025.
 

Must-Watch Video

Advertisement