Skip to main content

Hiburan

“Bagilah Ruang & Apabila Keserasian Atau Kerjasama Ini Berjaya…” - Pak Nil

Pak Nil

Sekilas

  • Datuk Aznil Nawawi menasihatkan orang ramai memberi peluang kepada bakat baharu dalam dunia pengacaraan untuk membina keserasian di atas pentas.
  • Beliau mengimbas pengalaman pengacara Nabil Ahmad yang pernah dikritik pada awal kerjaya, sebagai contoh pentingnya masa untuk berkembang.
  • Aznil juga mengingatkan supaya tidak membuat spekulasi negatif terhadap gaya penyampaian Keanu dan Raja Azura dalam Kilauan Emas Selebriti kerana mereka sedang belajar dan memperbaiki diri.
Advertisement

Pengacara Datuk Aznil Nawawi menitipkan nasihat agar orang ramai memberi peluang dan ruang kepada bakat baharu dalam dunia pengacaraan untuk membina keserasian di atas pentas. 

 

Advertisement

Aznil atau mesra disapa Pak Nil, 63, mengimbas kembali cabaran yang pernah dilalui pengacara Nabil Ahmad sewaktu awal penglibatannya dalam program Big Stage, sebagai bukti bahawa proses membentuk pengacara memerlukan masa.

 

“Nasihat saya bagi ruanglah dan apabila keserasian atau kerjasama ini berjaya, bukankah kita dapat satu udara baharu dalam bidang pengacaraan.

 

“Saya rasa bukankah ini yang kita mahukan? Cuba bayangkan bagaimana Nabil dikutuk di Big Stage.

 

“Kalau Nabil dengar, ambil kira, merajuk dan berhenti, kita dah hilang seorang pengacara. Jadi bagilah ruang,” katanya semasa majlis perkenalan kumpulan K4LAM, pada Rabu. 

 

Pada masa sama,Aznil turut mengingatkan agar orang ramai tidak sesuka hati membuat spekulasi tentang cara penyampaian yang dibentuk pengacara Kilauan Emas Selebriti, Keanu dan Raja Azura.

 

“Mungkin cara mengajar dia (Raja Azura) begitu, kita tak tahu tetapi tak adillah kalau kita yang tak tahu ini nak buat andaian kita sendiri.

 

“Percayalah nanti satu hari bila pasangan duo ini ‘menjadi’, awak akan ingat balik apa yang awak kutuk pada episod pertama.

 

“Apa yang awak kutuk pada episod pertama itu mereka jadikan sebagai motivasi untuk mereka kerja lebih baik,” jelasnya.

 

Sebelum ini, gandingan Keanu dan Raja Azura dikatakan kurang sesuai kerana disifatkan tidak seimbang sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka dilihat ‘tenggelam.’

 

Dari sudut pandang penonton, Keanu bukan sahaja dilihat kekok beraksi bersama Raja Azura, dia juga dianggap tidak melakukan tugasan dengan baik apabila dikatakan gagal sebatikan diri dengan konsep program.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement