Skip to main content

Hiburan

Bakal Menyanyi Selama 10 Minit Di Konsert Countdown KITA 2026, Wani Kayrie Janjikan Persembahan Menarik - “Tak Sabar Nak Perform”

Wani Kayrie

Sekilas

  • Wani Kayrie teruja untuk membuat persembahan istimewa selama 10 minit pada Konsert Countdown KITA 2026 malam ini di IOI City Mall, Putrajaya.
  • Konsert ini menampilkan pelbagai artis popular seperti Haqiem Rusli, Oddah, Rayme, Alleycats, Ella, ALPHA, Faizal Tahir dan Hael Husaini.
  • Wani menjelaskan konsep 'KITA' sebagai simbol penyatuan rakyat Malaysia berbilang kaum sambil menyambut tahun baru 2026.

Penyanyi, Wani Kayrie meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan pada malam konsert Countdwon KITA 2026 pada malam ini.

Kongsi Wani, dia serta beberapa penyanyi seperti Haqiem Rusli, Oddah dan Rayme akan membuat menyanyikan beberapa lagu selama 10 minit serta menjanjikan persembahan menarik buat pengunjung yang  hadir.

“Untuk penutup tahun 2025, saya akan buat persembahan istimewa di Konsert Countdown KITA 2026.

“Apa yang saya boleh katakan ialah persembahan itu akan jadi satu persembahan yang menarik. Waktu ‘rehearsal’ pun saya dan beberapa penyanyi seperti Rayme, Oddah dan Haqiem Rusli dah rasakan itu.

“Kami juga dijangka akan membuat persembahan selama 10 minit. Ada bermacam-macam persembahan yang akan kami lakukan dan kami memang tak sabar nak ‘perform’.,” ujar Wani.

Wani berkongsi perkara tersebut ketika ditemuai usai program MeleTOP, malam Selasa.

Kita ditanya mengenai makna perkataan ‘KITA’ yang merupakan elemen pada konsert malam ini, pelantun lagu Cak Cak Cekuk ini merasaka perkataan itu lebih kepada penyatupaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


“Perkataan ‘KITA’ itu merangkumi keseluruhan diri kita sebagai rakyat Malaysia.

“Sebenarnya ia lebih kepada untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum lebih-lebih lagi untuk menyambut tahun baru 2026 nanti.

“Untuk konsert malam ini juga akan ada persembahan daripada artis daripada pelbagai antarabangsa yang membuktikan lagi betapa berwarna-warninya negara Malaysia ini. Jadi, diharap kita semua akan lebih bersatu pada di tahun hadapan,” ujarnya.

Selain Wani, konsert yang bakal berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya ini turut menampilkan beberapa artis seperti Alleycats, Ella, ALPHA, Faizal Tahir, Hael Husaini dan ramai lagi.

Must-Watch Video

Advertisement