Skip to main content

Hiburan

Bakal Sepentas Dengan Biduanita Negara, Audra Zulkifli Terlebih Dahulu Mohon Maaf Pada Siti Zoners - “Kalau Saya Tak cukup…”

Astrogempak AUDRA

Sekilas

  • Audra Zulkifli mengaku gementar apabila diberi peluang beraksi bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam pentas Beraya Dengan Saya.
  • Dia berasa tertekan kerana perlu menyanyi bersama penyanyi berpengalaman seperti Umairah dan Aisha Retno yang datang dari keluarga penyanyi.
  • Audra berazam memberikan persembahan terbaik dan memohon maaf jika tidak memenuhi jangkaan peminat.

Penyanyi baharu, Audra Zulkifli mengakui rasa gementar apabila diberi peluang untuk membuat persembahan bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi pentas esklusif Beraya Dengan Saya.

Menurut Audra, dia berasa sedikit tertekan apabila mengetahui akan bergandingan dengan penyanyi berpengalaman termasuk Umairah dan Aisha Retno.

“Agak nervous bila tahu saya kena menyanyi dengan Mami Ti dan Umai. Sebab Umai, walaupun dia lagi muda daripada saya, dia memang boleh menyanyi dengan sangat baik.

“Saya tengok mereka macam, ‘Ya Allah…’. Memang rasa gementar sebab mereka datang daripada keluarga penyanyi, manakala saya pula dari keluarga pelawak. Rasa macam tak kena,” katanya kepada Gempak.

Namun, Audra tetap berazam untuk memberikan persembahan terbaik dan membuktikan kemampuannya sebagai seorang penyanyi.

“Insya-Allah kita tengok bagaimana nanti persembahan itu akan jadi. Harap semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Dalam masa sama, Audra turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada peminat sekiranya persembahannya tidak memenuhi jangkaan.

“Okey, Siti Zoners… saya nak minta maaf kalau saya tak cukup untuk capai expectations korang.

“Tapi saya akan cuba, saya akan kerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik. Kalau kehadiran saya di atas pentas buat korang rasa kurang selesa, tak mengapa… cuma enjoy the show,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement