Sekilas
- Lebih 1,200 orang terjejas akibat banjir besar di Aceh Utara minggu lalu, dengan lebih 800 kematian dan 623 hilang dilaporkan.
- Seorang netizen Indonesia meluahkan rindu terhadap pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled, yang terkenal dengan bantuan kemanusiaannya ketika bencana.
- Penduduk Sumatera berharap pempengaruh terkenal lain dapat tampil membantu seperti Aisar Khaled yang kini tidak kelihatan selepas pernah dihalau dan dihina.
Sepanjang minggu lalu, Aceh Utara telah dilanda banjir sehingga menyebabkan lebih 1,200 orang mangsa yang terlibat.
Keadaan banjir itu juga telah membuatkan seorang netizen Indonesia iaitu @rierie901 meluahkan rasa rindu terhadap pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled yang rajin turun padang setiap kali berlakunya musibah di sana.
Walau bagaimanapun, kelibat Aisar kali ini tidak kelihatan selepas pernah dihalau dan dihina kerana niatnya yang hanya membantu rakyat Indonesia.
“Jadi makin rindu pada Aisar Khaled. Biasanya kalau ada musibah, dia antara pempengaruh yang akan turun membantu,” kongsinya.
Menurut penduduk di Sumatera, mereka benar-benar memerlukan bantuan daripada Aisar dan berharap agar mana-mana pempengaruh bernama besar sanggup membantu mereka seperti mana yang dilakukan Aisar.
“Saudara-saudara kami ketika ini sangat memerlukan bantuan. Semoga ada pempengaruh-pempengaruh bernama besar seperi Aisar boleh membantu kami,” ujarnya.
Ketika artikel ini ditulis, lebih 800 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 623 lagi hilang dalam banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat setakat Rabu.
Sumber: TikTok