Skip to main content

Hiburan

Baru Cakap Beli 'Semua' Cincin Sendiri, Kenyataan Balas Fazura Jadi Perdebatan Netizen - “ Orang Tak Tanya Pun…”

Fazura Cincin

Nama pelakon dan usahawan, Nur Fazura menyorot perhatian netizen selepas membuat kenyataan balas kepada seorang individu di media sosial. 

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut menyifatkan Fazura sebagai seorang wanita setia yang setia dengan sebentuk cincin. 

“Setia Fazura dengan cincinnya,” tulis individu tersebut. 

Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan filem Pisau Cukur itu mempersoalkan cincin yang dimaksudkan oleh individu tersebut kerana semua cincin yang dipakainya adalah pembelian atas usahanya sendiri. 

“Which ring? Coz I bought them ALL myself,” balas Fazura. 



Respons Fazura itu pantas mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. 

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang menyokongnya dan tidak kurang juga yang cuba membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27 itu. 

“Slayyy Fazura The real “I don't need a man to be a princess coz I can buy myself flowers “ ❤️🤏🏻

“Just know that I love you so much and adore you for waking up and realising your worth. Sending soooooo much love!

“Love your reply. Ingat perempuan tak mampu nak beli ke.

“Eh penat eh jadi Nur Fazura, setiap inci di perhati. Ni silap2 cara u pakai celak pun org jdikan topik

“Dah dah lah tu. Your fans call you classy. Act like one . People know even you tak mention sekalipun. Don't you think it's cringey a little bit? 

“Ouhh naseb bagitahu. Kalau tak, taktahu.

“Sis orang tak tanya pun siapa yg beli cincin tu. Cringe gila,” tulis netizen.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement