Skip to main content

Hiburan

Bayi Disahkan Hidap Trisomi 21, Tindakan Pasangan Pempengaruh Tamatkan Kelahiran Dikecam - “Keputusan Itu Bukan…”

Down Syndrome

Sekilas

  • YouTuber Amerika Syarikat, Jesse Ridgway atau McJuggerNuggets, dan isterinya memilih untuk menamatkan kehamilan selepas bayi mereka disahkan menghidap Down syndrome.
  • Keputusan itu diumumkan melalui ciapan di aplikasi X dan dibuat selepas mendapatkan nasihat doktor, keluarga, dan kaunselor genetik.
  • Berita ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial dengan ada yang mengecam dan ada yang mempertahankan keputusan mereka sebagai pilihan peribadi yang sukar.

Keputusan YouTuber terkenal Amerika Syarikat, Jesse Ridgway atau lebih dikenali sebagai McJuggerNuggets bersama isterinya, Ashley, yang memilih untuk menamatkan kehamilan telah mencetuskan perdebatan dan kecaman dalam kalangan warganet di media sosial.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas Ridgway dan isteri mendapati ujian perubatan yang dibuat telah mengesahkan bayi mereka menghidap Trisomi 21 atau lebih dikenali sebagai Down syndrome.

Perkara itu turut diumumkan sendiri Ridgway menerusi satu ciapan yang dibuat di aplikasi X.

“Minggu ini, saya dan isteri telah membuat keputusan yang sangat sukar untuk menamatkan kandungan selepas disahkan bayi kami mengalami Trisomi 21.

“Keputusan itu bukan dibuat secara terburu-buru. Saya tahu ada antara anda yang mungkin berasa kecewa apabila mendengar berita ini. Percayalah, kami juga sangat hancur. Pengalaman ini amat traumatik buat kami berdua, terutama Ashley.

“Kami mendapatkan pandangan doktor, rakan-rakan, ahli keluarga serta kaunselor genetik dan dimaklumkan bahawa sehingga 90 peratus wanita memilih untuk menamatkan kehamilan selepas mengetahui bayi mereka mengalami Trisomi 21.

“Bagi kami, ini adalah keputusan sukar yang kami percaya akan memberi manfaat kepada keluarga kami dalam jangka panjang. Syukur, kami masih mempunyai pilihan untuk membuat keputusan tersebut,” kongsinya.

Ciapan itu kemudiannya meraih perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.

Ada yang mengecam lebih-lebih lagi komuniti advokasi orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan pro-kehidupan.

Mereka menganggap penamatan kehamilan atas faktor diagnosis Down syndrome sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap golongan OKU.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mempertahankan Jesse dan Ashley dengan menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu pilihan peribadi yang amat sukar serta dibuat selepas mendapatkan nasihat dan rundingan perubatan secara teliti.

Sumber: Aplikasi X, Fox29 Philadelphia

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement