Skip to main content

Viral

"Being Successful Pun Dah Cukup To Be A Winner" - Yazmin Aziz Kongsi Pengalaman Dibuli

Astro Gempak yazmin

Sekilas

  • Yazmin Aziz berkongsi pengalaman dibuli sejak zaman sekolah kerana dianggap ‘lain’ oleh orang sekeliling.
  • Dia menegaskan bahawa mempertahankan diri tidak semestinya dengan melawan, tetapi dengan memperbaiki diri dan berjaya dalam bidang masing-masing.
  • Yazmin percaya kejayaan dan sikap rendah hati sudah cukup untuk dianggap sebagai kemenangan dalam menghadapi buli.

Perkongsian penyanyi Yazmin Aziz tentang pengalaman dibuli sejak zaman sekolah menarik perhatian ramai di media sosial.

Ia bermula selepas pengguna media sosial, Zaima Hofficial bertanya kepada pengikutnya mengenai pengalaman individu yang pernah dibuli tetapi berjaya bangkit mempertahankan diri.

“Siapa pernah kena buli & you stand up for yourself then you win? I wanna hear your story.

“I believe review daripada orang yang pernah dibuli lebih solid daripada cakap-cakap kosong & pendapat orang yang tak pernah rasa sendiri pengalaman kena buli,” tulisnya.

Menjawab persoalan tersebut, Yazmin mengakui dia pernah melalui fasa sukar apabila sering dibuli kerana dianggap “lain” oleh orang sekeliling.

“Dari zaman sekolah lagi saya kena buli sebab saya dilihat sebagai ‘lain’. A lot of times, I felt trapped and helpless.

“It wasn’t a choice that I moved countries. Tapi saya tak biarkan pembuli tentukan nilai diri saya. I focused on improving myself,” katanya.

Menurut Yazmin, mempertahankan diri tidak semestinya perlu melawan semula, sebaliknya membina diri menjadi lebih baik juga merupakan satu kemenangan.

“Standing up for ourselves tak semestinya kita kena lawan balik.

“Sometimes just improving yourself, especially being successful in what you do, yet still staying humble and kind pun dah cukup to be a winner,” tulisnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Advertisement