Skip to main content

Hiburan

Belum Masa Sesuai Aaisyah Ceburi Bidang Seni, Zain Saidin Mahu Utamakan Persekolahan - “Bagi Saya, Dia Masih Kecil…”

ASTROGEMPAK Zain Saidin

Sekilas

  • Zain Saidin tidak menggalakkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, menceburi bidang lakonan atau nyanyian ketika masih bersekolah untuk mengutamakan akademik.
  • Dia terbuka jika Aaisyah menerima tawaran iklan yang tidak mengambil masa lama dan tidak mengganggu waktu persekolahan.
  • Zain dan isterinya, Rozita Che Wan, setuju untuk menangguhkan aktiviti seni Aaisyah sehingga dia tamat sekolah dan lebih matang.

Enggan menganggu waktu persekolahan, pelakon Zain Saidin berkata dia tidak menggalakkan anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana menceburi bidang lakonan mahupun nyanyian.

 

Mahu anaknya lebih mengutamakan akademik terlebih dahulu, Zain bagaimanapun terbuka jika ada tawaran menjayakan iklan yang tidak mengambil tempoh penggambaraan lama. 

 

“Waktu persekolahan dia, saya tak mahu kacau. Bukan saya nak kata tak elok, sebab saya melihat pada waktu masih bersekolah ini sekiranya dia bekerja, banyak menjadi isu. 

 

“Ini pendapat peribadi saya, sebab bagi saya mereka masih kecil dan belum tahu mengendalikan perkara secara matang. Kalau setakat menjayakan iklan atau ‘endorsement’ tiada masalah.

 

“Sebab masa kecil pun saya terbabit menjayakan iklan tapi kalau naskhah yang panjang saya elakkan. Kalau iklan, dua atau tiga hari sudah selesai, dan tidak mengganggu waktu persekolahan. 

 

“Kalau berlakon, ambil masa sebulan, dua bulan dan kalau meletup akan dipanggil lagi. Kita ini bila sudah ditawarkan duit, kita lupa. Jadi saya tak mahu mulakan perjalanan ke arah itu,” katanya kepada Gempak. 

 

Zain yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Viu Originals berjudul Cela di DSH Villa, di Hulu Langat pada Rabu. 

 

Tidak menyekat minat anaknya, Zain memberitahu dia juga menyokong isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta untuk tidak membenarkan Aaisyah berlakon dan menyanyi buat masa ini. 

 

“Ibu mertua saya mahukan Che Ta jadi ustazah sebab isteri saya pandai sebenarnya dan mengaji bagus. Saya bersetuju dengan Che Ta untuk tidak berikan dia berlakon sekarang. 

 

“Saya mahu dia habiskan sekolah dulu. Selepas itu, kalau dia mahu berlakon, berlakonlah. Bila sudah cukup 18 tahun, engkau nak kahwin pun kahwinlah. 

 

“Suka hati engkaulah tapi habiskan sekolah dulu. Nak sambung belajar, boleh sambung belajar. Nak jadi tukang sapu sampah pun tak mengapa, tapi jadi tukang sapu nombor satu di dunia. Janji berjaya, nak buat apa pun, berikan segala-galanya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Zain berkata, Aaisyah ada menerima beberapa tawaran bagaimanapun ada yang terpaksa ditolak kerana dia masih bersekolah.

 

“Dia ada menerima beberapa tawaran tapi Aisyah ini pemalu. Tengok dia di media sosial boleh bercakap sebab dia di depan kita di rumah. Tapi bila depan-depan, dia pemalu. 

 

“Dia kena selesa dan ambil masa. Contohnya, sebelum ini dia terbabit dengan Che Ta menerusi program masak-masak, Che Ta kena bawa dia ke set dua atau tiga hari sebelum penggambaran untuk biasakan diri di sana. Baru dia okay di hadapan kamera.

 

“Tapi saya tahu dia boleh buat, tak kira dalam lakonan atau nyanyian. Saya rasa dia memang mahu menyanyi pada masa sama tapi saya tak tahu dia boleh menyanyi atau tidak sebab ibu bapanya bukanlah penyanyi hebat walaupun Che Ta boleh menyanyi. Tapi saya rasa lakonan lebih realistik,” katanya. 

 

Zain antara pelakon yang terbabit dalam Cela, drama yang akan mula ditayangkan pada 20 Ogos depan. 

 

Drama arahan Feroz Kader dan terbitan Global Film Station Sdn Bhd turut dibintangi oleh Nabila Huda, Hun Haqeem dan Zarif Ghazzi. 

Anda mungkin berminat dengan

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

Must Watch Video

Advertisement