Skip to main content

Hiburan

Berarak Ketika Sambutan Hari Kemerdekaan, Aliff Syukri Turut Serta Tanpa Bayaran - “Sebenarnya Kenapa Saya Buat…”

Berarak Ketika Sambutan Hari Kemerdekaan, Aliff Syukri Turut Serta Tanpa Bayaran - “Sebenarnya Kenapa Saya Buat…”

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri turut serta dalam perarakan Hari Kebangsaan ke-69 bersama sebuah platform e-dagang di Dataran Putrajaya tanpa menerima sebarang bayaran.
  • Aliff menjelaskan penglibatannya adalah sebagai tanda penghargaan kepada negara dan sokongan yang diterima daripada rakyat serta platform e-dagang tersebut.
  • Platform e-dagang turut mengesahkan bahawa penyertaan Aliff adalah secara sukarela tanpa sebarang bayaran.
Advertisement

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyorot perhatian ramai apabila dilihat turut terlibat dengan perarakan bersama kontinjen sebuah platform e-dagang bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya, semalam.

Penglibatan Aliff itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai mengenai nilai bayaran yang dikenakan Aliff terhadap platform e-dagang itu untuk sama-sama turut serta dengan perarakan tersebut.

Advertisement

Menjawab persoalan itu, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman ini menjelaskan bahawa tiada bayaran yang dikenakan sebaliknya, penglibatannya itu merupakan sebagai satu tanda penghargaan buat negara.

“Sebenarnya kenapa saya buat bukan sekadar bayaran.. tapi sebab anda yang menyokong saya kerana Malaysia dan juga Shopee yang banyak membantu saya dalam perniagaan.

“Tanpa anda siapalah saya dan tanpa negara ni siapalah kita. Selamat Hari Merdeka semua,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Aliff turut memuat naik tangkap layar memaparkan komen daripada platform e-dagang tersebut yang mengesahkan tiada bayaran dikenakan.

“Datuk buat secara sukarela demi negara, tiada bayaran,” komennya.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement