Skip to main content

Selebriti

Bertemu Sebab Tangkis, Faye Kusairi Puji Sikap Wani Kayrie - “Jarang Dapat Jumpa Orang Muda Yang Bersemangat & ‘Sweet’”

Faye kusairi Wani

Sekilas

  • Faye Kusairi memuji sikap sopan santun dan dedikasi penyanyi Wani Kayrie selepas mereka bekerjasama dalam telefilem Tangkis.
  • Faye berkongsi rasa bangga dengan kejayaan lagu Wani, Cak Cak Cekup, yang mara ke final AJL dan menghargai semangat kerja keras Wani.
  • Telefilem Tangkis akan disiarkan pada 15 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Prima.

Pelakon, Faye Kusairi memuji sikap dan keperibadian penyanyi, Wani Kayrie yang disifatkan sebagai seorang individu yang sangat bersopan santun.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Faye turut berkongsi rasa syukur kerana berpeluang mengenali Wani secara lebih dekat selepas mereka bertemu bersama barisan pelakon telefilem Tangkis.

“Semalam kembali bertemu dengan barisan pelakon Tangkis. Saya nak beri penghargaan kepada Wani Kayrie kerana lagu Cak Cak Cekup berjaya mara ke final AJL.

“Saya benar-benar bangga dengannya dan juga sangat bersyukur kerana dapat mengenali dirinya. Dia seorang gadis yang sangat sopan, bersemangat, kuat bekerja dan sangat baik,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Faye berkata, dia jarang bertemu dengan anak muda yang mempunyai sifat rajin dan penuh dedikasi seperti Wani.

“Jarang dapat jumpa orang muda yang sangat passionate dan sweet nowadays.

“Jadi apabila dapat jumpa dia lagi, perasaan itu sangat menyenangkan sehingga perkara yang kita boleh buat untuk dia adalah doa supaya Allah makbulkan doa doa dia dan realisasikan impian dia… Amin,” tulisnya.

Selain Faye, Tangkis dibintang oleh Zamarul Hisham, Wani Kayrie, Imran Aqil dan Syafie Tee.

Saksikan Tangkis pada Jumaat, 15 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105).

Anda mungkin berminat dengan

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement