Skip to main content

Hollywood

Beza Usia 26 Tahun Dengan Alec Baldwin, Isteri Anggap Ia ‘Flex’

alec

Ringkasan AI

  • Hilaria Baldwin berkongsi tentang hubungan perkahwinannya dengan Alec Baldwin yang bermula pada 2012.
  • Mereka mempunyai jurang usia 26 tahun, namun Hilaria tidak melihat usia sebagai halangan dalam perkahwinan mereka.
  • Hilaria menganggap pengalaman Alec yang lebih tua sebagai satu kelebihan dalam hubungan mereka.
  • Dia juga mengakui kadang-kadang mereka memerlukan terapi untuk menjaga keharmonian rumah tangga.
  • Pasangan ini dikurniakan tujuh anak bersama, dengan usia anak-anak antara 2 hingga 12 tahun.

Isteri aktor senior Hollywood, Alec Baldwin, Hilaria Baldwin bercakap mengenai hubungan mereka sebagai suami isteri berkahwin pada 2012 silam.

Hilaria, 41, antaranya berkongsi mengenai perasaan berkahwin dengan Baldwin yang kini berusia 67 tahun. Hal itu membuatkan jarak usia mereka sebanyak 26 tahun.

Menerusi perkongsian di podcast  Uncut and Uncensored with Caroline Stanbury , Hilaria menyifatkan perbezaan usia 26 tahun di antara mereka bukan sebab angka.

“Saya tidak percaya pada usia hanya tentang angka, sekurangnya pada situasi kami.

“Pada saya, setiap kali melihat suami, saya perlu ingatkan diri dia mempunyai pengalaman 26 tahun lebih banyak daripada saya.

“Kadang kala saya melihat ia (perkahwinan) sebagai satu ‘flex’ atau pencapaian dan ada masa yang rasa kami memerlukan sedikit terapi,” katanya seperti dilaporkan People.

Wanita itu juga menambah dia tidak boleh menggembirakan hati semua orang tentang kehidupan sendiri.

“Saya tidak boleh menggembirakan hati semua orang. Saya perlu tahu apa yang saya mahu terutama selepas usia 40 tahun.

“Inilah keindahan dalam hubungan,” katanya lagi.

Pasangan itu mempunyai tujuh anak bersama iaitu  Carmen Gabriela, 12, María Lucía Victoria, 4,  Ilaria Catalina Irena, 2, Rafael Thomas, 10, Leonardo Ángel Charles, 9, Romeo Alejandro David, 7, dan Eduardo "Edu" Pao Lucas, 5.

Must-Watch Video

Advertisement