Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Akui Terlalu Beremosi Ketika Persembahan, Sabrina Akur Tersingkir Di Minggu Ketiga

Big Stage Rocketfuel
Big Stage Rocketfuel

Sekilas

  • Sabrina dari Big Stage X Rocketfuel mengakui sudah menjangka penyingkirannya selepas persembahan minggu ketiga yang dirasakan kurang memuaskan.
  • Dia mengakui terlalu fokus pada emosi lagu sehingga memberi kesan kepada vokalnya dan menyedari peserta lain lebih berpengalaman serta mempunyai sokongan peminat yang lebih besar.
  • Selepas tersingkir, Sabrina akan terus aktif menghasilkan konten nyanyian di media sosial dan merancang menyambung pengajian pada Oktober depan.
Advertisement

Bintang program Big Stage X Rocketfuel, Sabrina mengakui dia sudah menjangkakan penyingkirannya sebaik sahaja selesai membuat persembahan pada konsert minggu ketiga pada Ahad.

Menurut Sabrina, dia dapat merasakan dirinya bakal berada dalam kelompok tiga terbawah selepas persembahannya yang dirasakan kirang memuaskan.

Advertisement

“Sebenarnya daripada habis persembahan lagi saya dah rasa macam confirm bottom three. Dalam hati saya dah cakap mungkin saya yang akan tersingkir.

“Tapi tak mengapa, saya cuma nak menikmati sahaja persembahan yang saya dah buat malam ini. Saya reda,” katanya kepada Gempak.

Sabrina berkata demikian ketika ditemui usai konsert minggu ketiga program berkenaan pada Ahad.

Dalam masa yang sama, Sabrina turut merasakan pengahayatan yang terlalu mendalam ketika menyampaikan lagu juga membuatkan dirinya melakukan kesalahan sehingga memberi kesan kepada aspek vokalnya ketika persembahan.

“Saya memang fokus kepada emosi untuk lagu ini. Mungkin saya terlebih emosi sampai vokal saya pun terjejas.

“Itu memang kesalahan saya juga sebab saya terlalu ikut emosi sampai saya tak betul-betul dengar vokal sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai faktor penyingkirannya, Sabrina berpendapat peserta lain mempunyai lebih banyak pengalaman selain memiliki sokongan peminat yang lebih besar.

“Saya memang rasa saya ini bukan siapa-siapa. Bila saya tengok peserta lain, semuanya ada pengikut dan penyokong masing-masing.

“Jadi bagi saya agak susah untuk mereka tersingkir berbanding saya. Tapi saya tahu pemarkahan ini 100 peratus daripada juri dan saya tetap bersyukur sebab saya dah buat yang terbaik.

“Mungkin mereka juga lebih berpengalaman daripada saya. Saya memang belajar muzik, tetapi pengalaman menyanyi saya tak sebanyak mereka,” katanya lagi.

Ditanya mengenai perancangan selepas tersingkir, Sabrina berkata dia akan terus aktif dalam menghasilkan ‘content’ nyanyian di media sosial selain bakal menyambung pengajian pada Oktober depan.

“Saya akan terus buat cover lagu, terus aktif di media sosial dan menunggu untuk sambung belajar semula pada bulan Oktober.

“Perjuangan saya tak berhenti di sini. Saya akan terus berkarya, terutama dalam bidang muzik. Berikan saya semangat dan masa untuk terus berjuang,” ujarnya.

Pada minggu ketiga Big Stage X Rocketfuel, Sabrina diumumkan tersingkir selepas membawakan lagu Ke Ujung Dunia nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement