Sekilas
- Qilo dan Aliff Kimiey diumumkan tersingkir pada minggu separuh akhir Big Stage X Rocketfuel, manakala Danial Kifli menjadi peserta pertama layak ke minggu akhir melalui U Mobile ‘Priority Pass’.
- Ranisha, Adam Nazmie, Yad-Z, Hussain, dan Danny turut layak ke minggu akhir selepas mendapat undian tertinggi daripada juri.
- Minggu akhir akan menentukan juara yang bakal memenangi Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000, termasuk penghasilan single, video muzik, dan bimbingan kerjaya profesional.
Impian Qilo untuk melangkah ke pentas akhir program Big Stage X Rocketfuel tidak kesampaian apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu separuh akhir, malam ini.
Selain Qilo, bintang Aliff Kimiey turut diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir dan terpaksa akur meninggalkan program yang sudah bersiaran secara langsung selama tujuh minggu itu.
Dalam pada itu, Danial Kifli mendapat U Mobile ‘Priority Pass’ sekaligus menjadi peserta pertama yang melayakkan diri ke minggu akhir Big Stage X Rocketfuel meskipun menduduki tempat keenam.
Selain Danial, Ranisha, Adam Nazmie, Yad-Zdan Hussain turut diumumkan sebagai peserta yang layak ke minggu akhir.
Ranisha, Adam Nazmie, Yad-Z dan Hussain berjaya menempah tiket ke minggu akhir selepas diumumkan sebagai empat peserta yang mendapat undian tertinggi daripada juri.
Sementara itu, seorang lagi bintang iaitu Danny menarik lafas lega apabila diumumkan sebagai peserta terakhir yang layak ke minggu akhir program berkenaan.
Bagi minggu akhir minggu hadapan, kesemua peserta bakal berentap pada minggu akhir bagi merebut gelaran juara Big Stage X Rocketfuel serta peluang memenangi Rocketfuel Artist Development Contract yang ditawarkan kepada tiga pemenang utama musim ini.
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para bintang bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Sebelum ini, seramai 11 peserta yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.
Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.