Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel Recap: Pukau Juri, Adam Nazmie Dominasi Minggu Ketiga… Sabrina Pulang

Big Stage Rocketfuel

Sekilas

  • Adam Nazmis menduduki tempat pertama minggu ketiga Big Stage X Rocketfuel dengan markah 74.33% menerusi lagu 'Raikan Cinta'.
  • Sabrina diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir bersama Rieffa dan Yad-Z yang berada di kedudukan terendah.
  • Persembahan peserta mendapat komen dan markah daripada juri, dengan hadiah utama berupa kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.

Konsert minggu ketiga edisi Big Stage X Rocketfuel menyaksikan pasangan duo Adam Nazmis menduduki di tangga pertama dengan markah sebanyak 74.33 peratus.

Dengan bertemakan ‘Time Code’, Adam Nazmie telah membawakan lagu Raikan Cinta nyanyian asal Datuk M. Nasir.

Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi Sabrina apabila namanya diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir.

Selain Sabrina, dua lagi nama yang berada di kedudukan terendah adalah Rieffa dan Yad-Z.

Berikut merupakan recap, komen juri serta markah bagi kesemua peserta di minggu kedua Big Stage X Rocketfuel:

(Susunan komen adalah mengikut giliran persembahan) (Susunan komen adalah mengikut giliran persembahan)

1) Rieffa (Hanya Kau Yang Mampu)

Akim Ahmad: Persembahan awak hari ini okay. Apa yang saya suka adalah improvisation awak sangat menarik. Jujur saya kagum, saya suka dengan apa yang awak lakukan dengan lagu ini. Cuma bahagian intro perlu ada penambahbaikan sebab tadi nampak macam kurang bersedia. Tapi bila dah pertengahan itu nampak perubahan yang meningkat. Saya nampak awak ada kesungguhan itu dan mudah-mudahan awak buat yang lebih baik.

Hael Husaini: Untuk minggu ketiga ini, kalau boleh eye contact jangan melilau. Cari satu sudut untuk awak pandang dan fokus.

Aisha Retno: Anda adalah sekecil-kecil cili padi yang suka cuba pelbagai jenis genre dan satu hari boleh ‘dijual’ oleh Rocketfuel.


2) Aliff Kimiey (Dambaan Pilu)

Aisha Retno: Saya puji penghayatan cuma part chorus pada saya awak kena all out lagi. Kemudian, awak kena pelbagaikan lagi pergerakan awak supaya penonton rasai kepiluan awak itu. Pitching juga kena jaga-jaga dan hati-hati tetapi secara amnya saya suka dengan persembahan awak.

Akim Ahmad: Saya harap awak fokuskan pada pernafasan supaya dapat jaga pitching dan tempo. Kalau awak perkemaskan, insya-Allah lagu apa pun awak boleh bawa.


3) Yad-Z (Rindu Serindu Rindunya)

Hael Husaini: Satu effort yang baik bila awak sampaikan dengan gaya awak cuma nyanyian awak jangan terlalu choppy sampai potong ‘feel’ lagu ini. Secara keseluruhannya saya rasa okay dan saya rasa persembahan awak malam ini lebih baik berbanding minggu lepas.

4) Qilo (Generasiku)

Akim Ahmad: Qilo dah comeback. Satu nyanyian dan pembukaan yang meyakinkan. Saya suka sebab bukaan mulut awak terkawal dan awak dengar nasihat saya. Sebutan awak jadi sedap didengar. Lagu ini juga tak nampak seperti OAG punya tetapi sesuai dengan penyampaian awak.

5) Danial Kifli (Bukan Cinta Biasa)

Aisha Retno: Kudos kepada awak Daniel. Saya suka sangat part ‘tutti’ yang awak bawakan itu. Saya suka peserta yang kreatif seperti awak. Mimik muka awak juga semakin bagus. Cuma hati-hati sedikit dengan pitching tapi secara kesuluruhannya bagus persembahan awak malam ini.

6) Ranisha (Against All Odds)

Hael Husaini: Pertama sekali saya nak cakap yang awak nampak sangat cantik minggu ini. Malam ini juga, saya rasa awak berikan persembahan yang saya jatuh cinta. Awak bercerita bila menyanyi, tak buat banyak benda. Persembahan awak minggu ini juga sangat luar biasa berbanding minggu lepas.

Aisha Retno: Saya sangat bangga dengan awak dan saya nak awak teruskan nyanyi dari hati. Jangan pernah ragui bakat awak dan insya-Allah, Allah akan berikan rezeki buat awak dalam industri ini.

7) Sabrina (Ke Ujung Dunia)

Akim Ahmad: Di bahagian depan ada ‘pitchy’ sikit. Bila awak terlalu menghayati, buatkan nyanyian awak keras, tak ada kelembutan di bahagian melodi.

Hael Husaini: Pada pandangan saya, nyanyian awak sedikit flat. Kekurangan awak ialah pada bahagian vibrato. Tips saya adalah untuk cuba pendekkan supaya ada dinamika pada permulaan nyanyian awak.

8) Danny (Bintang)

Aisha Retno: Pembukaan yang baik cuma jaga bahagian ‘pitching’. Kalau boleh tambahkan sedikit bahagian vibrato pada bahagian korus sebab ia sangat penting untuk dinamik dan momentum.

9) Hussain (Here Without You)

Hael Husaini: Projection dan dinamika awak sangat bagus. Cuma pada bahagian awal ada masalah tempo sedikit. Saya sebenarnya tak banyak sangat nak komen pasal awak cuma nak pesan jaga tempo sahaja.

Aisha Retno: Saya perasan tempo ada sedikit kekurangan dari segi tempo untuk bahagian permulaan lagu. Apa yang saya boleh sarankan adalah untuk pakai ‘ear monitor’ di bahagian kedua-dua belah telinga.

10) Adam Nadzmie (Raikan Cinta)

Akim Ahmad: Tahniah untuk anda berdua malam ini. Apa yang paling saya kagum adalah kedua-duanya pada malam ini seimbang saja, nyanyian kamu melengkapi persembahan kalian. Tahniah sekali lagi kerana membuatkan kolaborasi ini mernarik dan memberikan kami keyakinan untuk memberikan markah kepada kalian.

Aisha Retno: Power betul korang malam ni. Saya tabik vocal arrangement kalian sebab boleh buat macam ini dalam hanya seminggu sahaja. Minggu lepas kalian entiti berbeza tapi malam ini korang adalah ‘satu’.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para bintang bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.



Seramai 11 peserta yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.



Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.



Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement