Skip to main content

Hollywood

Billie Eilish Sertai Cillian Murphy, Javier Bardem, Sokong Together for Palestine

billie

Penyanyi Billie Eilish menunjukkan solidariti dan tidak takut menerima budaya ‘cancel’ kerana mengutuk tindakan tidak berperikemanusian Israel dengan ikut serta dalam konsert Together for Palestine.

Pengumuman konsert Together for Palestine berlangsung di London OVO Arena Wembley pada 17 September 2025.

Advertisement

Eilish akan menyertai banyak nama besar dalam industri seni Hollywood yang tidak gentar menyuarakan sokongan buat Palestin.

Mereka termasuklah Cillian Murphy, Javier Bardem, Brian Cox dan Joaquin Phoenix.

“Together for Palestine,” ujar Eilish dan abangnya dalam video promosi yang disiarkan.

Ini merupakan lanjutan daripada tindakan Eilish yang tampil memakai pin
Artists for Ceasefire di anugerah Oscar pada 2024.

Waktu itu Eilish secara terbuka mengutuk Israel dengan melabelkan Israel telah melakukan jenayah yang dahsyat.

Cox pula dilihat berkata: “Kita perlu menyampaikan berita yang sahih dan realiti yang dihadapi bagi pihak penduduk di Palestin.”

Sejak setahun lalu, tentera Israel telah membunuh lebih 65,000 nyawa tidak berdosa di Palestin serta meninggalkan banyak yang hidup dalam kebuluran akibat kekejaman yang dilakukan.

Must-Watch Video

Advertisement