Skip to main content

Hiburan

Bintang ‘Aladdin’ Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati Di Itali

Mena Massoud Kahwin

Pelakon, Mena Massoud selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya Emily Shah di Itali Julai lalu.

Pasangan itu diraikan dalam sebuah majlis penuh adat selama tiga hari di kawasan perbukitan indah Tuscany.

Memetik laporan People, pasangan tersebut mahu perkahwinan tersebut menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna buat tetamu yang hadir. 

“Tuscany menjadi kanvas kami, dan dari situ semuanya tentang menyulam tradisi, makna dan kegembiraan,” kata mereka.

Selepas majlis, pasangan ini memilih untuk berbulan madu di beberapa destinasi termasuk Florence, Sicily dan Portugal.

Sekadar info, Mena dan Emily mula berkenalan pada 2018 melalui aplikasi janji temu di Los Angeles, namun hanya mula bercinta hampir setahun kemudian.

Pada Disember 2023, Mena melamar Emily ketika percutian romantis mereka di Jepun.

Advertisement

Must-Watch Video