Sekilas
- Harris Mukhriz mengajak orang ramai hentikan perbalahan berhubung keputusan pertandingan Borneo Rising yang melibatkan rakan duetnya, Azeva.
- Harris bersyukur berjaya ke pentas final Borneo Rising walaupun tersingkir awal dalam pertandingan lain.
- Dia juga berterima kasih kepada Azeva atas kerjasama mereka sebagai duo mantap sepanjang pertandingan.
Bintang Borneo Rising, Harris Mukhriz meminta orang ramai agar menghentikan perbalahan susulan keputusan pertandingan berkenaan yang turut membabitkan rakan duetnya, Azeva.
Menerusi satu hantaran di Threads, Harris meluahkan rasa syukur kerana berjaya melangkah ke pentas final Borneo Rising, meskipun nasibnya dalam beberapa pertandingan lain tidak begitu menyebelahi dirinya.
“Dah dah lah bergaduh pasal Azeva tu! Saya bersyukur dah dapat final Borneo Rising. Competition lain semua saya tersingkir awal tau, HAHA," tulisnya.
Dalam pada itu, Harris turut menitipkan penghargaan kepada Azeva kerana sudi menjadi gandingan mantapnya sepanjang pertandingan berkenaan.
“To Azeva, thank you sebab sudi jadi power duo dengan saya! Saya dan Azeva dah buat yang terbaik untuk Borneo Rising!
“Spread love, no hate! Rezeki dah tertulis untuk saya. Percaya pada yang memberi rezeki untuk kita! Love you guys,” tambahnya.