Skip to main content

Hiburan

"Bukan Nak Gaduh Tapi Nak Bagi Pengajaran…” – Idayu Hantar LOD Kepada Ratusan Netizen

"Bukan Nak Gaduh Tapi Nak Bagi Pengajaran…” – Idayu Hantar LOD Kepada Ratusan Netizen

Sekilas

  • Idayu telah menghantar surat tuntutan kepada ratusan individu yang memberi komen menghina dirinya dan keluarga di media sosial.
  • Beliau menerima permohonan maaf daripada 20 hingga 30 individu dan menegaskan tindakan undang-undang akan dipertimbangkan bagi yang enggan memohon maaf.
  • Idayu juga bakal melancarkan single duet terbaharu berjudul Bercanda Emosi bersama Adeep Nahar pada 21 Oktober ini.
Advertisement

Penyanyi Idayu mendedahkan pihak peguamnya sudah menghantar surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) kepada puluhan individu, malah jumlahnya kini mencecah ratusan susulan komen berunsur penghinaan terhadap dirinya dan keluarga.

Menurut Idayu, dia tidak mempunyai masalah menerima kritikan berkaitan kerjaya, namun memilih mengambil tindakan apabila komen yang dilemparkan sudah melampaui batas sehingga menyentuh fizikal, keluarga serta mengandungi unsur cacian.

Advertisement

“Sejujurnya, yang ‘tag’ nama saya dekat Threads memang banyak. Tapi saya tak ambil peduli kalau setakat kritik kerjaya saya.

“‘Kau pun tak ke mana, sendu’, okey tak apa. Tapi yang menghina, caci maki saya dan keluarga saya, itu yang saya hantar LOD.

“Dah ada berpuluh-puluh (surat tuntutan), malah mencecah ratusan yang dihantar oleh peguam saya,” katanya ketika ditemui pada sesi sidang media single terbaharunya bersama Adeep Nahar, Bercanda Emosi di Kuala Lumpur.

Advertisement

Idayu berkata, tindakan tersebut diambil sejak awal apabila pihaknya mula mengumpulkan tangkap layar komen-komen yang dianggap keterlaluan.

“Peguam saya terus bergerak awal lagi selepas ‘screenshot’ dibuat.

“Ada yang maki kata, ‘Kau tu dah la bodoh, berlagak pandai muzik pula’. Ada yang hina fizikal saya, kata saya gemuk, muka buruk.

“Itu dah melampau. Ugutan pun ada, tapi lebih kepada caci maki dan menghina,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata Idayu, setakat ini, sekitar 20 hingga 30 individu sudah menghubunginya secara peribadi untuk memohon maaf selepas menerima surat tuntutan berkenaan.

Ujarnya lagi, dia menerima permohonan maaf tersebut dan memahami ada antara mereka mungkin terbawa-bawa kerana terlalu menyokong artis kegemaran masing-masing.

“Saya maafkan. Saya faham mungkin mereka terlalu sayangkan artis mereka sampai melampau batas.

“Saya pun ada peminat fanatik dulu, tapi saya nasihatkan mereka jangan cari pasal dengan orang lain,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan undang-undang akan diteruskan terhadap mereka yang enggan memohon maaf, Idayu berkata perkara itu akan ditentukan kemudian.

“Kita tengok nanti. Sekarang pun masih ada lagi yang baru masuk.

“Niat saya bukan nak gaduh, tapi nak bagi pengajaran supaya mereka jangan buli orang sesuka hati. Mulut itu kena jaga.

“Jangan ingat boleh maki orang sesuka hati lepas itu lepas macam itu saja. Kena ada etika,” tegasnya.

Terdahulu, Idayu menjadi perhatian selepas memuat naik pandangannya mengenai persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan berharap dapat melihat lebih banyak pembaharuan termasuk tidak terlalu bergantung kepada teknik ‘hold note’.

dfg

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi selepas segelintir netizen didakwa salah faham dan menganggap pandangannya ditujukan kepada penyanyi tertentu.

Dalam perkembangan lain, Idayu kini tampil dengan single duet terbaharu berjudul Bercanda Emosi bersama penyanyi Adeep Nahar yang bakal dilancarkan di semua platform digital mulai 21 Oktober ini.

Lagu bergenre R&B dan Urban Malay terbitan Magic Nova Productions itu merupakan hasil ciptaan komposer Helen Yap bersama penulis lirik SlenFadzil serta mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan sejak 2024.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement