Skip to main content

Berita Tempatan

Bukan Sekadar Datang Bergambar, Shuib Sepahtu Turun Padang Santuni Penduduk PPR

Bukan Sekadar Datang Bergambar, Shuib Sepahtu Turun Padang Santuni Penduduk PPR

Sekilas

  • Shuib Sepahtu turun padang di PPR Kampung Baru Air Panas untuk sertai pelbagai aktiviti komuniti termasuk mengadili pertandingan memasak dan berinteraksi dengan penduduk.
  • Kempen Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi yang dianjurkan oleh Fernleaf mengangkat nostalgia bunyi 'ding ding' sudu susu sebagai simbol hubungan merentas generasi.
  • Program ini adalah permulaan jelajah komuniti selama tiga bulan yang akan berakhir di Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur, dengan peraduan berhadiah Proton e.MAS 5 Prime turut diadakan.
Advertisement

Kehadiran selebriti di sesebuah acara lazimnya tidak lari daripada sesi bergambar dan bertemu peminat, namun Shuib Sepahtu memilih untuk melakukan lebih daripada itu ketika turun padang di PPR Kampung Baru Air Panas baru-baru ini.

Bukan sekadar membuat kemunculan, pelawak dan usahawan itu meluangkan masa menyertai pelbagai aktiviti bersama penduduk termasuk menjadi hos permainan, mengagihkan minuman, mengikuti demonstrasi masakan serta mengadili pertandingan memasak.

Advertisement

Sikap Shuib yang tidak kekok bergaul dengan komuniti setempat turut menceriakan suasana apabila kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas mengambil kesempatan untuk berinteraksi serta bergambar dengannya.

Kehadiran Shuib merupakan sebahagian daripada program komuniti sempena kempen Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi yang berlangsung di PPR berkenaan.

Program itu turut mengetengahkan pelbagai aktiviti mesra keluarga termasuk permainan interaktif, demonstrasi masakan dan pertandingan memasak yang membuka peluang kepada penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian.

Advertisement

Menariknya, kempen tersebut mengambil inspirasi daripada sebuah memori ringkas yang cukup dekat dengan kehidupan sebahagian rakyat Malaysia iaitu bunyi ‘ding ding’ sudu ketika mengacau secawan susu.

Bunyi yang mungkin dianggap biasa itu sebenarnya mengingatkan sesetengah individu kepada rutin pagi ketika kecil, khususnya sebelum bersiap dan keluar ke sekolah.

Mengangkat nostalgia tersebut, Fernleaf menerusi kempen berkenaan mahu meraikan hubungan merentas generasi selepas empat dekad menjadi sebahagian daripada rutin harian keluarga di Malaysia.

Dalam masa sama, program di PPR Kampung Baru Air Panas menjadi hentian pertama bagi siri jelajah komuniti yang dijadualkan berlangsung selama tiga bulan.

Jelajah itu akan diteruskan ke beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia sebelum kemuncaknya berlangsung di Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur pada November depan.

Selain menghidupkan kembali nostalgia, pendekatan turun padang itu turut memberi peluang kepada masyarakat untuk berkumpul dan mencipta pengalaman baharu bersama keluarga menerusi aktiviti yang disediakan.

Dalam perkembangan berkaitan, orang ramai turut berpeluang menyertai peraduan ‘Minum Fernleaf & Menang’ yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026 dengan sebuah Proton e.MAS 5 Prime ditawarkan sebagai hadiah utama.

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Serunding Ayam 500G

Serunding Ayam 500G

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

Must Watch Video

Advertisement