Skip to main content

Konsert

Bukan Sembarangan ‘Kem Motivasi’, Faizal Tahir: Suara Rakyat Jadi Medium Lembut Suntik Nilai Manusiawi

Bukan Sembarangan ‘Kem Motivasi’, Faizal Tahir: Suara Rakyat Jadi Medium Lembut Suntik Nilai Manusiawi

Sekilas

  • Konsert Suara Rakyat: Faizal di Unifi Arena bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga menyampaikan mesej positif dan nilai budaya melalui lagu-lagu Faizal Tahir.
  • Faizal menggabungkan pengalaman muziknya dari genre rock hingga nasyid untuk mencipta karya yang memberi impak sosial dan patriotik kepada penonton.
  • Kolaborasi dengan legenda seperti Datuk M. Nasir dan kumpulan Mirwana menambah nilai nostalgia dan memperkukuh legasi muzik Malaysia dalam konsert tersebut.
Advertisement

Membaca luahan segelintir peminat yang menjadi saksi Konsert Suara Rakyat: Faizal di Unifi Arena, Bukit Jalil hujung minggu lalu, ada yang berseloroh  mereka seperti hadir ke sebuah kem motivasi.

Ia lantaran selain menikmati alunan suara dan lagu-lagu kegemaran mereka dinyanyikan dengan baik secara langsung, Faizal Tahir menggunakan pentas Suara Rakyat menyampaikan banyak pesan-pesan baik kepada penonton.

Advertisement

Ironi, jauh sebelum Faizal Tahir terkenal lewat genre rock, pop rock atau balada misalnya menerusi tembang seperti Batu & Golek, Mahakarya Cinta, Coba, Sejati dan Hanyut, beliau terlebih dahulu mendakap indahnya alunan kerohanian sewaktu bersama kumpulan nasyid Mirwana di tahun 2003.

Hanya selepas menyertai program realiti One in a Million (OIAM) pada tahun 2006 dan melahirkan pelbagai genre muzik, sementelah Faizal adalah penyanyi-komposer, beliau menjadi lebih ‘komersial’ sesuai pasaran industri, maka setiap seni yang terlintas dan ingin diterjemahkan, cuba disempurnakan dengan baik.

Maka tidak hairan, apabila Suara Rakyat menjadi pentas buat pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 47, ini mengambil peluang bukan sekadar mempamerkan dirinya sebagai penyanyi serta penghibur tetapi setiap penampilanya diserta dakwah kecil yang memberi manfaat kepada sekeliling,

Advertisement

Lalu sepanjang dua dekad karier beliau, terhasil lagu-lagu yang meski akrab menjadi halwa telinga, namun jauh di setiap karyanya seperti Fire & Water, Assalamualaikum, Dirgahayu, Ragaman, Santai, Gemuruh, Orang Kampung, Teknologia dan Sampai Syurga atau Negaraku / Malaysia misalnya mempunyai nilai yang melampaui hiburan semata-mata ;  ruang hiburan dijadikan medium lembut  menerusi lagu-lagu bersifat kempen dan patriotik.

Tanpa disedari muzik Faizal Tahir yang dipersembahkan secara langsung di hadapan 10, 000 ‘rakyat’ telah membentuk semacam soft culture atau budaya yang tidak hadir dengan bentuk yang keras sebaliknya menggunakan muzik menjadi medium yang lembut tetapi berpengaruh.

Faizal Tahir mengajar secara tidak formal sesuatu pengetahuan tidak berlaku secara memaksa, namun tetap mampu secara perlahan-lahan membawa gagasan, emosi dan nilai tertentu ke dalam ruang sosial.

Lagu-lagu tersebut yang dipecahkan dalam beberapa segmen memberi pengalaman yang tercipta bukan hanya tentang seorang penyanyi menyampaikan lagu kepada peminat.



Ia seperti menemukan kembali cebisan pengalaman bersama. Lagu yang pernah menjadi latar kepada kehidupan, membangkitkan semangat, mengiringi jatuh bangun hubungan malah dalam sesetengah keadaan menjadi sebahagian daripada cara kita memahami diri dan dunia di sekeliling.

Dan barangkali itu juga menjelaskan mengapa ada penonton yang secara berseloroh menyifatkan konsert anjuran Faithful Music dengan kerjasama Hitman Solutionstersebut seperti menghadiri ‘kem motivasi’.

Jenaka itu mungkin kedengaran ringan, tetapi jika dilihat daripada perjalanan muzik Faizal Tahir, ada sedikit kebenaran di sebaliknya.

Kerana sejak awal, muzik Faizal memang tidak pernah sepenuhnya terpisah daripada nilai, semangat dan gagasan tentang kehidupan. Bezanya, pada malam tersebut, semuanya dihimpunkan dalam sebuah pentas yang lebih besar melalui muzik, nostalgia, energi dan pengalaman kolektif penonton menjadi satu.

M.Nasir Nak Rileks Sebab Faizal Tahir

Lebih mengujakan Faizal Tahir turut menyemarakkan khazanah muzik Malaysia yang cukup indah menerusi lagu Joget Mantul, Tutup Panggung dan berkolaborasi bersama sifu serta legenda muzik Nusantara yang cukup disegani, Datuk M. Nasir menerusi lagu Campak Bintang.

Kemunculan M.Nasir yang tidak diumumkan sebelum konsert mendapat sambutan hangat dan lebih penting menyaksikan dua figura daripada generasi berbeza yang mempunyai ‘kuasa terhadap rakyat’ lewat karya-karya mereka dalam lanskap hiburan.

Malah M.Nasir berseloroh mengatakan: “Kalau ada Faizal ini, saya sudah boleh relaks.” Menyaksikan secara tidak langsung sebagai seniman senior yang penuh ilmu di dada melihat Faizal sebagai penyambung legasi berwibawa.

Tidak hanya kemunculan M.Nasir tetapi kehadiran Mirwana bergabung bersama Faizal mendendangkan dua lagu termasuk Aku Tanpa Cinta Mu juga menjadi detik bersejarah.

Pada akhirnya, apa yang sangat mengesankan tentang Suara Rakyat : Faizal Tahir imi adalah kesemuanya tidak hadir seperti sebuah ‘ceramah’ sebaliknya konsert ini lewat lagu-lagu yang disampaikan dan kemudian didengar, dikongsi lalu diingati telah menjadi nilai masuk melalui pengalaman budaya, bukan melalui arahan.

Faizal Tahir bukan sekadar menghasilkan lagu yang popular. Sebaliknya, beliau menghasilkan karya yang mempunyai keupayaan menjadi pembawa nilai budaya. Dan Suara Rakyat bukan semata-mata suara yang dinyanyikan Faizal di atas pentas, tetapi suara pengalaman kolektif yang sudah lama hidup dalam lagu-lagunya lalu terus melekat buat generasi masa kini.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement