Skip to main content

Hiburan

'Cak Cak Cekuk' Ke Pentas Antarabangsa, Wani Kayrie Mahu Tonjol Identiti Budaya Malaysia

'Cak Cak Cekuk' Ke Pentas Antarabangsa, Wani Kayrie Mahu Tonjol Identiti Budaya Malaysia

Sekilas

  • Wani Kayrie akan mempersembahkan lagu popularnya, Cak Cak Cekuk, di pentas antarabangsa ABU Song Festival di Sri Lanka pada 2 November 2026.
  • Pemilihan Wani dipercayai dipengaruhi oleh persembahannya di pentas AJL yang menonjolkan budaya dan muzik tradisional Malaysia.
  • Wani merancang untuk menampilkan elemen muzik tradisional dan busana penuh konsep tradisional bagi menonjolkan identiti budaya Malaysia dalam persembahannya nanti.
Advertisement

Penyanyi, Wani Kayrie meluahkan rasa syukur selepas mendapat peluang untuk mempersembahkan lagu popularnya, Cak Cak Cekuk di pentas antarabangsa. 

Katanya, pemilihan tersebut dibuat selepas dia selesai menjayakan persembahan di pentas AJL dan ada kemungkinan persembahan berkenaan menjadi antara faktor yang membawa kepada pemilihannya.

Advertisement

“Pemilihannya untuk persembahan, antara lagu yang dipilih adalah Cak Cak Cekuk, tetapi kita belum putuskan lagi sama ada mahu bawa Cak Cak Cekuk versi baharu ataupun versi AJL hari itu.

“Pemilihan ini pun berlaku selepas saya betul-betul habis persembahan AJL. Jadi, ada kemungkinan juga saya dipilih kerana persembahan pada waktu final itu yang mungkin lebih mengangkat budaya dan juga muzik tradisional Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Wani berharap persembahannya nanti dapat membuka mata masyarakat luar mengenai keunikan budaya serta muzik tradisional yang dimiliki Malaysia.

Advertisement

Menurutnya, aspek busana dan persembahan penari turut akan diberi perhatian bagi memastikan identiti tradisional Malaysia dapat ditonjolkan dengan jelas.

“Harapan saya semestinya agar orang luar bila mendengar dan melihat persembahan saya itu, mereka dah boleh set in mind, ‘Oh, ini adalah muzik dan budaya Malaysia.’

“Sebab dari segi busana, dari segi busana penari saya, semua memang kita akan bawakan full konsep tradisional yang akan menunjukkan budaya kita dekat sana nanti,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Wani turut merancang untuk memperkuatkan elemen muzik tradisional dalam susunan lagu berkenaan, namun perkara tersebut masih perlu dibincangkan bersama pihak penggubah muzik.

“Sama juga dengan muzik, kita akan enhance muzik itu, mungkin lebihkan sedikit muzik tradisional atau apa, kan. Itu kena discuss dengan arranger nanti.

“Tapi apa yang Wani boleh kata, saya of course mengharapkan Cek Cek Cok ini mendapat perhatian yang lebih, terutamanya daripada orang luar yang mendengar lagu ini dan melihat persembahan Wani dan team nanti,” tambahnya.

Sekadar info, Wani bakal membawakan lagu Cak Cak Cekuk di ABU Song Festival yang akan berlangsung di Sri Lanka pada 2 November 2026.

Must Watch Video

Advertisement