Skip to main content

Hiburan

“Cantik Sangat!” – Ramai Terpegun Lihat Kecantikan Cucu Tun M Ketika Majlis Nikah Bella-Syed Saddiq

“Cantik Sangat!” – Ramai Terpegun Lihat Kecantikan Cucu Tun M Ketika Majlis Nikah Bella-Syed Saddiq

Sekilas

  • Dua cucu Tun Dr. Mahathir, Marisa Hasmah dan Masira Yasmin, menarik perhatian warganet semasa majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq dengan penampilan mereka yang cantik dan dikatakan mirip Tun Dr. Hasmah muda.
  • Majlis akad nikah Bella dan Syed Saddiq berlangsung pada pukul 10.40 pagi Sabtu dengan Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai jurunikah dan disaksikan oleh ahli keluarga serta tokoh agama.
  • Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan di bangunan ikonik Merdeka 118 Precinct, lengkap dengan mas kahwin RM500 dan hantaran berbalas antara kedua pihak.
Advertisement

Selain daripada kemeriahan pada majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam, kehadiran dua cucu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada majlis itu juga mencuri perhatian warganet.

Menerusi media sosial, ramai memuat naik tangkap layar dan foto memaparkan dua wanita berkenaan ketika menyaksikan siaran langsung majlis tersebut di televisyen.

Advertisement

Rata-rata pada awalnya tertanya-tanya mengenai identiti mereka sebelum diketahui dua individu tersebut ialah pasangan adik-beradik, Marisa Hasmah dan Masira Yasmin.

Penampilan kedua-duanya turut dihujani pujian warganet yang terpegun dengan kecantikan mereka.

Malah, ada yang berpendapat salah seorang daripada mereka mempunyai iras Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali ketika muda.

Advertisement

“Cantik terpelanting! Baru tahu cucu Tun M.

“Yang belah kanan ada iras Tun Hasmah waktu muda dulu.

“Cantik sangat, kita yang perempuan pun terpegun,” antara komen warganet.

Sekadar info, Marisa dan Masira merupakan anak perempuan ahli perniagaan, Tan Sri Mokhzani Mahathir bersama isterinya, Puan Sri Mastisa Mohamed.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi, Sabtu.

Majlis akad nikah dikendalikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YABhg. Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku jurunikah.

Bella dinikahkan dengan berwalikan bapanya, Awang Astillah Abdullah@ Dullah dengan disaksikan Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Syed Saddiq turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin perempuan.

Lebih istimewa, Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik negara, Merdeka 118 Precinct.

Sumber; Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

Must Watch Video

Advertisement