Skip to main content

Hiburan

CelcomDigi STL 2026 Kembali Gegarkan Gelanggang, 12 Pasukan Rebut Kejuaraan

CelcomDigi STL 2026 Kembali Gegarkan Gelanggang, 12 Pasukan Rebut Kejuaraan

Sekilas

  • Saingan CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) 2026 bermula 6 Oktober dengan 12 pasukan bertanding dalam tujuh siri Grand Prix, diserikan dengan kepulangan wira negara dari Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
  • Kejayaan skuad The Golden Tigers meraih pingat emas dan perak di Sukan Asia menjadi pemangkin kepada pembangunan berterusan dan kerjasama antara kerajaan, korporat, dan Astro dalam memperkukuh sukan sepak takraw.
  • STL mencatat peningkatan kehadiran penonton sebanyak 24% musim lalu, dengan Astro dan CelcomDigi komited memperkasa sukan ini melalui pelbagai inisiatif dan sokongan kepada bakat muda serta komuniti peminat.
Advertisement

Saingan CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) 2026 kembali membuka tirai dengan penyertaan 12 pasukan yang bakal berentap menerusi tujuh siri Grand Prix.

Malah, saingan CelcomDigi STL 2026 dihangatkan lagi dengan kepulangan wira negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang kembali menguatkan pasukan masing-masing.

Advertisement

Bermula 6 Oktober 2026 hingga 10 Januari 2027, musim baharu ini dimulakan dengan Perlawanan Sumbangsih yang menemukan juara STL Premier musim lalu, Perak Bison, dengan juara bertahan STL Champions Cup, Negeri Sembilan Antlers.

Dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, beliau berpendapat kejayaan skuad sepak takraw negara iaitu The Golden Tigers yang meraih pingat emas acara regu berpasukan lelaki dan pingat perak acara regu di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 merupakan pencapaian membanggakan selepas penantian selama 36 tahun.

“Kejayaan skuad sepak takraw negara, The Golden Tigers, menamatkan penantian 36 tahun dengan membawa pulang pingat emas acara regu berpasukan lelaki dan pingat perak dalam acara regu di 20th Asian Games Aichi-Nagoya 2026 merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat negara.

“Kejayaan menewaskan Thailand 2-0 di pentas akhir ini mencerminkan kekuatan, disiplin dan potensi besar yang dimiliki oleh sepak takraw Malaysia.Momentum ini perlu diteruskan dengan pembangunan pemain yang berterusan serta penyediaan pertandingan yang kompetitif dan berkualiti.

“Dalam konteks ini, kerjasama antara kerajaan, sektor korporat dan Astro menerusi CelcomDigi STL amat penting dalam menyediakan medan persaingan yang konsisten, memberi pendedahan kepada pemain serta membuka laluan kepada bakat-bakat baharu untuk berkembang. Kita mahu kejayaan yang dicapai di Aichi-Nagoya menjadi pemangkin kepada kesinambungan kecemerlangan sepak takraw negara, dengan setiap generasi pemain diberikan peluang, pendedahan dan laluan yang jelas untuk berkembang sehingga ke tahap tertinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John memaklumkan STL terus mencatatkan perkembangan positif apabila kehadiran penonton di gelanggang meningkat sebanyak 24 peratus pada musim lalu.

Advertisement

“Sepak Takraw League terus mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dengan sokongan peminat di seluruh negara. Musim lalu, kehadiran penonton di gelanggang meningkat 24%, manakala kandungan STL menjana lebih 200 juta tontonan digital, mencerminkan minat dan semangat yang semakin kukuh terhadap sukan ini.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen Astro untuk terus mengembangkan komuniti peminat sukan, kami melabur dalam pelbagai inisiatif yang membawa peminat lebih dekat kepada pasukan, pemain dan kisah di sebalik permainan.

“Menerusi produksi bertaraf tinggi, kandungan digital yang mengutamakan platform digital, penceritaan berasaskan AI serta program akar umbi seperti Klinik STL, kami berusaha menarik peminat baharu sambil memperkukuh penglibatan penyokong sedia ada. Dengan mengembangkan komuniti peminat di setiap peringkat, kami berharap dapat memperluaskan jangkauan STL, memberi inspirasi kepada generasi baharu pemain dan penyokong, serta terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara kuasa utama sepak takraw,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling meluahkan rasa teruja kerana meneruskan kerjasama dengan Astro untuk musim kedua sebagai penaja utama STL.

Menurutnya, sepak takraw bukan sekadar sukan, malah sebahagian daripada identiti dan semangat rakyat Malaysia yang wajar terus diperkasakan menerusi pembangunan bakat muda.

“Kami amat teruja untuk meneruskan kerjasama bersama Astro bagi musim kedua sebagai Penaja Utama CelcomDigi STL.

“Bagi CelcomDigi, sepak takraw bukan sekadar sebuah sukan, tetapi sebahagian daripada identiti dan semangat rakyat Malaysia. Melalui arena CelcomDigi, kami komited untul memperkasa komuniti melalui sukan, menggalakkan gaya hidup aktif serta membuka lebih banyak peluang kepada bakat muda untuk mengembangkan potensi mereka,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Wira Mohd Sumali Reduan menzahirkan kata penghargaan buat Astro atas kerjasama yang dilakukan bersama PSM dalam meningkatkan populariti sukan sepak takraw serta menyediakan platform pertandingan kepada pemain tempatan.

“STL diperkenalkan pada 2014 menerusi kerjasama Astro dan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi mengangkat semula populariti dan memperluas capaian sukan sepak takraw. Sejak itu, liga ini terus berkembang dan memainkan peranan dalam menyediakan platform pertandingan kepada pemain tempatan.Musim ini mencatatkan pencapaian baharu apabila pembukaan saingan divisyen buat julung kalinya berlangsung di Akademi Sepaktakraw Malaysia.

“Dengan sokongan Astro dalam mempromosikan sukan ini serta pelaburan kerajaan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan, Akademi Sepaktakraw Malaysia menjadi pemangkin kepada pembangunan sepak takraw negara. Kehadiran 24 pemain import dari Thailand, Filipina dan Jepun turut memberikan dimensi baharu kepada liga. Kita berharap kepelbagaian ini dapat menampilkan corak permainan yang baharu serta memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada semua,” tambahnya.

Tiket perlawanan CelcomDigi STL 2026 boleh didapati menerusi laman web www.tickethotline.com.

Peminat juga boleh menyaksikan aksi liga itu dengan melanggan Pek Sports Astro X3 pada harga RM69.99 sebulan, berbanding harga asal RM89.99 sebulan.

Untuk maklumat lanjut dan langganan, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03-9543 3838.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement