Skip to main content

Selebriti

Cemerlang Di Asrama, Anak Dr Sheikh Muszaphar, Tasha Raih Anugerah Murid Harapan 2026 - “Daddy Is Proud Of You”

Cemerlang Di Asrama, Anak Dr Sheikh Muszaphar, Tasha Raih Anugerah Murid Harapan 2026 - “Daddy Is Proud Of You”

Sekilas

  • Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita gembira apabila anak keduanya, Sophea Natasha, 13 tahun, meraih Anugerah Murid Harapan 2026.
  • Tasha merupakan pelajar Tingkatan Satu di Kolej Tunku Kurshiah yang aktif dalam pelbagai aktiviti sukan, akademik, dan inovasi seperti merentas desa, ragbi, dan pertandingan matematik serta sains.
  • Dr Sheikh Muszaphar memuji usaha anaknya mencabar diri dan meneroka kebolehan diri sebagai perkembangan positif dalam kehidupan berasrama.
Advertisement

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita gembira apabila anak keduanya, Sophea Natasha,13, meraih Anugerah Murid Harapan 2026.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkata Tasha kini merupakan pelajar Tingkatan Satu di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) sangat aktif menyertai pelbagai aktiviti merangkumi bidang sukan, akademik dan inovasi.

Advertisement

Malah, Tasha juga sentiasa berusaha mencabar kemampuan diri untuk menjadi lebih baik.

“Tasha, pelajar Tingkatan Satu di TKC, sentiasa aktif, sentiasa mencuba perkara baharu dan sentiasa mencabar dirinya untuk menjadi yang terbaik.

“Dia menyertai Merentas Desa MSSM, olahraga MSSNS, ragbi, Pengakap, pertandingan Matematik dan Sains serta Cabaran Inovasi,” kongsinya.

 

Advertisement

 Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga berpendapat penglibatan anaknya dalam pelbagai aktiviti tersebut merupakan satu perkembangan positif kerana memberinya peluang untuk meneroka kebolehan diri dan mengetahui sejauh mana kemampuannya.

“Bagus untuknya kerana sentiasa mengisi masa dengan aktiviti, mencuba segala-galanya dan mencabar diri sendiri untuk melihat sejauh mana kemampuannya.

“Mencari hala tuju, mengenali identiti diri dan mencuba bidang baharu untuk menjadi yang terbaik. Itulah kehidupan di sekolah berasrama.

“Tahniah Tasha atas pencapaian kamu sepanjang 2026. Daddy bangga dengan kamu,” tulisnya.

Untuk info, Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata, Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam,Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia serta putera bongsu, Syed Muhammad.

Anak pertama mereka Sophea Isabella atau Bella, 15, juga berada di asrama selepas melanjutkan pengajian peringkat menengah di Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).


 

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must Watch Video

Advertisement