Skip to main content

Indonesia

Cerai 9 Bulan, Andre Taulany Bakal Kahwin Wanita 17 Tahun Lebih Muda

Cerai 9 Bulan, Andre Taulany Bakal Kahwin Wanita 17 Tahun Lebih Muda

Sekilas

  • Andre Taulany dilaporkan akan berkahwin semula dengan pelakon Amanda Rigby selepas bercerai pada Disember tahun lalu.
  • Permohonan pernikahan mereka telah didaftarkan di Kantor Urusan Agama Kebayoran Baru, namun proses belum selesai kerana dokumen tambahan belum lengkap.
  • Andre mengesahkan berita tersebut secara berseloroh dan menyatakan rasa gembira menerima doa daripada orang ramai.
Advertisement

Nama hos dan pelakon Andre Taulany sedang menjadi perbincangan hangat dunia hiburan Indonesia. Hal yang demikian kerana Andre dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat.

Berita mengenai Andre akan kembali berkahwin selepas rasmi bercerai pada Disember tahun lalu itu tersebar selepas didakwa sudah menguruskan proses pernikahan di pejabat agama.

Advertisement

Andre didakwa menghantar borang permohonan nikah bersama pelakon Amanda Rigby dengan jarak usia mereka 17 tahun. Andre saat ini berusia 51 tahun manakala Amanda, 34 tahun.

Menurut laporan, permohonan nikah Andre dengan Amanda sudah tercatat di Kantor Urusan Agama (KUA) Kebayoran Baru, Jakarta Selatan dan masuk melalui Sistem Informasi Manajemen Nikah (SIMKAH) Kementerian Agama.

Kepala KUA Kebayoran Baru, Riswanto, mengesahkan notifikasi surat tersebut dari KUA Ciputat Timur atas nama Andreas Taulany dan Amanda Lintang Larasati Rigby.

Advertisement

"Memang ada notifikasi yang muncul di dalam surat cadangan bahawa ada permohonan (nikah) atas nama Saudara Andreas Taulany dengan calon pasangannya Amanda Lintang Larasati Rigby," ujar Riswanto seperti dilaporkan Detik.com.

Dokumen digital tersebut tercatat telah didaftarkan sejak 14 Ogos 2026 lalu, namun  pendaftaran pernikahan tersebut belum dapat diproses kerana pihak jabatan agama belum menerima penyerahan dokumen yang lain, antaranya kerana Amanda tidak lahir di Indonesia.

“Maksudnya belum ada dokumen lain daripada Andre ataupun Amanda selain daripada permohonan nikah. Jadi belum boleh disahkan proses selanjutnya,” kata Riswanto lagi.

Saat ditanya media mengenai rancangan perkahwinannya, Andre yang tidak menjawab dengan tepat tetapi berseloroh mengatakan: Ya, kalau memang bener, alhamdulillah, ya kan. Iya.”

Dia juga mengaku gembira kerana mendapat doa daripada orang ramai.

"Super happy, didoakan banyak orang, ya kan. Ya alhamdulillah," sambung Andre seperti dilaporkan media sama.

Terdahulu, Andre rasmi bercerai dengan isterinya, Rien Rien Wartia Trigina atau Erin selepas melafazkan talak pada 3 Disember 2025 di Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
Pasangan itu telah berkahwin dan memiliki tiga anak selepas hidup bersama selama 18 tahun.

Dia didakwa telah mahu bercerai dengani Erin sejak 2024, namun proses perceraian mereka memakan masa bertahun kerana tercetus pelbagai konflik sebelum mencapai kata sepakat pada Oktober tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

Must Watch Video

Advertisement