Skip to main content

Viral

Che Ta Pot Pet Jelaskan Isu Salah Faham, Tegaskan Tak Bergaduh Dengan Ifa Raziah - "Kami Bukan Bergaduh Sebab Duit"

Astro Gempak cheta potpet

Sekilas

  • Cheta Pot Pet menafikan dakwaan bermasam muka dengan Ifa Raziah dan menjelaskan mereka hanya mengalami salah faham kecil yang menyebabkan fasa dingin dalam hubungan mereka.
  • Cheta sudah cuba berbaik tetapi memberi ruang kepada Ifa yang mudah terasa, dan menegaskan tiada pertelingkahan serius pernah berlaku antara mereka.
  • Selain itu, Cheta akan membuka gerai perniagaan sempena festival Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC Kuala Lumpur dari 12 hingga 15 Mac depan sebagai persiapan Aidilfitri.

Usahawan selebriti Cheta Pot Pet tampil menjernihkan spekulasi kononnya dia bermasam muka dengan penyanyi terkenal Ifa Raziah.

Menurut Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, hubungan mereka sebenarnya tidak sampai ke tahap bergaduh besar, sebaliknya sekadar melalui fasa dingin akibat salah faham kecil.

“Sebenarnya kami tak bermasam muka. Cuma mungkin ada salah faham kecil dan cara kami menangani sesuatu perkara itu berbeza.

“Saya dah cuba berbaik, tapi mungkin belum masanya. Kak Ifa jenis mudah terasa, jadi saya rasa lebih baik beri dia ruang dahulu. Tak mengapa, saya boleh tunggu,” katanya.

Cheta menegaskan, sepanjang persahabatan mereka, tidak pernah berlaku pertelingkahan serius yang boleh meretakkan hubungan secara drastik.

“Saya tak pernah anggap perkara ini besar. Kami tak pernah bergaduh teruk.

“Cuma mungkin masing-masing ada ego dan perlukan masa untuk bertenang. Saya dah hulurkan tangan, tapi belum disambut,” ujarnya pada sidang media Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026, baru-baru ini.

Mengakui hubungan mereka sangat rapat sebelum ini, Cheta tidak menafikan perasaan sedih yang hadir apabila situasi tersebut berlaku secara tiba tiba.

“Memang tiba-tiba rasa sebak bila bercakap tentang perkara ini. Saya sudah anggap dia seperti kakak.

“Namun saya sedar diri ini bukan sesiapa untuk paksa dia menerima keadaan. Kalau dia belum bersedia, saya hormat,” jelasnya.

Menurutnya lagi, isu yang timbul bukan berpunca daripada perkara besar atau melibatkan kewangan, sebaliknya hanya salah faham akibat percakapan.

“Kami bukan bergaduh sebab duit. Cuma salah faham akibat tersalah cakap sahaja.

“Kalau kak Ifa tak mahu maafkan saya, saya tak boleh paksa. Memang rindu sebab kami rapat, tapi saya tak nak desak keadaan,” tuturnya.

Sebelum ini, netizen mula mempersoalkan keakraban mereka apabila kedua-duanya dilihat tidak lagi berkongsi momen bersama seperti dahulu, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Dalam perkembangan lain, Cheta bakal membuka gerai perniagaan sempena festival Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 15 Mac depan di WTC Kuala Lumpur, membuktikan dirinya terus aktif mengembangkan empayar bisnes menjelang Aidilfitri.

Anda mungkin berminat dengan

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Must Watch Video

Advertisement