Skip to main content

Hiburan

Cik B Restu Hubungan DSV & Fazley, Siap Dedah Satu Rahsia - "Saya Nampak Mama..."

Astrogempak CIK B

Sekilas

  • Cik B tidak kisah jika Datuk Fazley Yaakob berkahwin dengan ibunya, Datuk Seri Vida, kerana melihat Fazley sesuai berdasarkan personaliti dan layanan yang ditunjukkan.
  • Cik B berkongsi bahawa ibunya mempunyai ciri-ciri yang pernah disebut Fazley sebagai kriteria pasangan hidup, termasuk wajah ‘Chinese look’ dan sifat pembersih serta teratur.
  • Walaupun pernah melihat komunikasi antara ibunya dan Fazley, Cik B tidak dapat mengesahkan hubungan mereka, namun perkongsiannya sebelum ini menarik perhatian ramai.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Cik B mengakui tidak mempunyai masalah sekiranya cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob berkahwin dengan ibunya, Datuk Seri Vida.

Menurut Cik B, dia melihat Fazley atau mesra disapa Dida sebagai individu yang sesuai dengan ibunya berdasarkan personaliti serta layanan yang ditunjukkan.

“Datuk Fazley, please. Saya okay saja Datuk kahwin dengan mama saya. Bayangkan sarapan pagi, makan tengah hari dan malam tentu sedap sebab dia kan chef nombor satu Malaysia. Lagi satu Dida pun kacak.

“Anak-anak Dida pula baik. Jadi saya rasa kalau Dida jadi ayah saya, it’s a perfect match,”katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, Cik B turut berkongsi satu ‘rahsia’ mengenai reaksi ibunya selepas melihat video yang dimuat naik di Instagram berkaitan perkara tersebut.

Menurut Cik B lagi, ibunya memiliki beberapa ciri yang sebelum ini dikatakan menjadi pilihan Fazley dalam mencari pasangan hidup.

“Saya tak ada cakap dekat mama tapi ada satu rahsia. Masa saya tengah tidur, saya nampak Mama tengok video yang saya kongsi di Instagram itu sambil senyum-senyum.

“Mak saya ada Chinese look, boleh cakap Cina. Lepas tu pembersih, sangat organized. Jadi ciri-ciri tu memang ada dekat mak saya. Sejujurnya saya rasa Dida memang describe mak saya,” ujarnya.

Meskipun pernah melihat komunikasi antara ibunya dan Fazley, namun Cik B tidak dapat mengesahkan hubungan pasangan tersebut.

Sebelum ini, perkongsian anak DSV iaitu Cik B turut mencuri perhatian ramai apabila menerima kejutan istimewa daripada Fazley sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi video tersebut, Cik B sempat berseloroh bertanyakan mengenai ciri-ciri wanita idaman Fazley selain bergurau mahu menyatukan penyanyi itu dengan ibunya.

Terdahulu, Fazley pernah berkongsi kriteria pasangan hidup yang diimpikannya termasuk memiliki wajah ‘chinese look’, tidak terlalu kurus serta seorang yang pembersih.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement