Skip to main content

Hiburan

“Cincin Ini Hanyalah Permulaan Kepada Segalanya” - Bella Astillah

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi momen bahagia dan ucapan terima kasih selepas seminggu bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
  • Majlis pertunangan mereka dihadiri oleh keluarga, rakan terdekat, dan media hiburan dengan pertukaran hantaran lima dan tujuh dulang.
  • Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan Aliff Aziz dan dikurniakan dua anak hasil perkahwinan tersebut.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memuat naik luahan istimewa selepas seminggu mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerus Instagram (IG), Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah memuat naik beberapa momen bahagia sepanjang majlis pertunangannya dengan Syed Saddiq minggu lalu.

Advertisement

Di ruangan kapsyen, ibu kepada dua orang anak ini menyifatkan cincin yang menjadi tanda pertunangannya dengan Syed Saddiw adalah sekadar satu permulaan kepada perjalanan hidup mereka bersama.

Bella turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudah bertungkus lumus berusaha menjayakan majlis pertunangannya yang cukup indah.

“Cincin ini hanyalah permulaan kepada segalanya.

Advertisement

“Terima kasih kepada semua yang sudah menjadikan majlis ini satu kenyataan, Alhamdulillah,” tulisnya.

Sabtu lalu, Bella dan Syed Saddiq sah mengikat tali pertunangan yang hanya dihadiri beberapa tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakam terdekat dan beberapa media hiburan.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Untuk rekod, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

Must Watch Video

Advertisement