Skip to main content

Hiburan

‘Courier’ Salah Hantar Produk Ke Orang Lain, Fatin Morat Halalkan - “Ambil Lah Makan…”

Fatin Morat

Sekilas

  • Seorang individu berkongsi pengalaman menerima parcel produk Fatin Morat yang tersalah hantar oleh pihak kurier selepas pesanan dibatalkan.
  • Individu tersebut menawarkan untuk memulangkan atau membeli produk itu, namun Fatin Morat menghalalkan dan membenarkan mereka mengambilnya sebagai rezeki.
  • Perkongsian ini mendapat pujian netizen yang memuji sikap Fatin sebagai peniaga yang murah hati dan mendoakan kejayaan perniagaannya.

Seorang individu menyorot perhatian apabila berkongsi pengalaman dirinya menerima ‘parcel’ produk yang dijual pempengaruh, Fatin Morat secara tidak sengaja.

Menerusi aplikasi Threads, individu yang dikenali sebagai @nuriyliamalek memaklumkan pihak kurier dipercayai telah tersalah hantar bungkusan yang dipercayai milik seorang pelanggan yang telah membatalkan pesanan.

Bertindak jujur, individu itu kemudiannya menandai (tag) akaun media sosial milik Fatin sambil memaklumkan bahawa pihak mereka sudi untuk memulangkan semula produk tersebut.

“Assalamualaikum Fatin Morat, pihak kurier salah hantar barang dekat kedai. Mungkin parcel yang telah pelanggan cancel. Nanti kami hantar ya.

“Atau boleh tak kami nak beli? Pekerja saya teruja nak beli. Masalahnya dengan saya pun teruja nak beli,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat respon Fatin yang memohon maaf sebelum bertindak menghalalkan produk tersebut.

“Ya Allah maaf. Tak payah beli, ambil lah makan rezeki hampa,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fatin yang disifatkan sebagai seorang peniaga yang tidak pernah berkira soal rezeki.

Warganet turut mendoakan agar segala urusan Fatin dipermudah dan perniagaannya dimewahkan dengan rezeli yang melimpah-ruah.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement