Skip to main content

Hiburan

Dah Cuba Hubungi Puteri Balqis Tapi Disekat, Mia Sara Akhirnya Bersuara Isu Didakwa Membuli - “Saya Tak Pernah Buli Dia & Ibunya”

Mia Sara

Sekilas

  • Mia Sara menafikan dakwaan membuli Puteri Balqis dan ibunya, menegaskan dia hanya pernah berjumpa Puteri sekali seumur hidup.
  • Pelakon itu berkata dia telah cuba menghubungi Puteri Balqis tetapi disekat di semua platform media sosial tanpa mendapat respons.
  • Mia Sara bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan komen keterlaluan terhadapnya.

H: Mia Sara Akhirnya Bersuara, Tepis Dakwaan Pernah Buli Puteri Balqsi & Ibu - “Tuduhan Itu Sangat Berat, Saya Hanya Jumpa Dia Sehari & Sekali Seumur Hidup”

Pelakon, Mia Sara akhirnya bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri susulan kontroversi melibatkan dirinya bersama seorang lagi aktres iaitu Puteri Balqis.

Menerusi video panjang di TikTok, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan mendakwa dia sudah cuba menghubungi Puteri Balqis namun tidak mendapat sebarang respon.

Dakwa Mia, dia juga telah disekat (block) oleh Puteri Balqis di semua platform media sosial.

“Untuk pengetahuan semua, saya disekat oleh Puteri Balqis di semua platform media sosial. Saya tak faham kenapa dia meletup berkaitan isu lama tersebut. Dia pun cakap nak tutup kes ini dan move on. 

“Dia sekat dan saya rasa dia dah tak nak ada kena mengena dengan saya. Jadi saya hormat perkara itu. Pihak saya dah hubungi, dia tidak beri apa-apa respons.

“Jadi saya tak tahu dia nak maaf, berjumpa seperti dikatakan atau sengaja buat drama untuk buat nama saya buruk,” kongsinya.

Bercerita lanjut, pelakon filem Papa I Love You ini mendakwa dia hanya pernah berjumpa dengan Puteri Balqis sekali saja sepanjang kehidupannya.

Dalam masa yang sama, Mia turut menepis dakwaan dan tuduhan yang mengatakan dirinya telah membuli Puteri Balqis dan ibunya iaitu Norashikin Mohd Aziz.

“Saya hanya berjumpa dia sehari dan sekali saja seumur hidup. Selepas itu tidak pernah berhubung sejak umur tujuh tahun hingga 21 tahun.

“Saya tak pernah buli Puteri Balqis atau ibu dia. Tuduhan itu sangat berat terhadap saya.

“Seperti dikatakan mereka dikambing hitamkan sewaktu tujuh tahun sedangkan lamb chop pun saya tak tahu itu kambing atau lembu. Tentang aniaya, saya pun tak tahu, sekali lagi saya hanya jumpa sehari dan sekali sahaja,” kongsinya lagi.

Di akhir hantaran, pelakon berusia 21 tahun ini menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis serta mana-mana pihak yang mengeluarkan komen keterlaluan terhadapnya.

Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis. Ada banyak lagi komen dan semua saya telah screenshot. Saya akan ambil tindakan undang-undang. Tunggu masa sahaja. 

Kepada Puteri Balqis, jika mahu berkenalan, kenapa tak call atau WhatsApp. Awak ada nombor saya,” ujarnya.

Terdahulu, Puteri Balqis menyorot perhatian apabila secara tiba-tiba memetik nama Mia Sara di media sosialnya sambil mendakwa aktres tersebut cuba meraih simpati orang ramai dengan cara menangis di hadapan media ketika satu sesi temu bual.

Puteri Balqis juga mendakwa Mia Sara pernah membuli serta memburukkan ibunya di hadapan orang ramai sehingga meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement