Skip to main content

Hiburan

Dapat Hadiah Hari Jadi Dari Fazley Yaakob, Respon Cik B Undang Tawa Netizen - “Dida, Mak Saya Chinese Look…”

Cik B

Sekilas

  • Cik B menerima kejutan ulang tahun daripada cef selebriti Fazley Yaakob yang menghadiahkan kek batik dan permainan nostalgia.
  • Fazley dan anaknya menyanyikan lagu hari jadi serta memberikan hadiah yang penuh kenangan kepada Cik B.
  • Cik B berseloroh tentang ciri wanita idaman Fazley yang mirip dengan ibunya, Datuk Seri Vida, sambil Fazley mengakui masih mencari wanita idaman berpenampilan 'Chinese look' dan tidak terlalu kurus.
Advertisement

Bintang Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Cik B mencuit hati netizen sewaktu menerima kejutan kecil daripada cef selebriti, Fazley Yaakob bersempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi video yang dimuat naik Cik B, dapat dilihat Fazley dan anaknya Fariedz menyanyikan lagu hari jadi, menghadiahkan kek serta sebuah permainan nostalgia buat Cik B.

Advertisement

“Dida (Fazley) buatkan kek batik dan nak bagi hadiah.

“Cik B boleh beli segala dalam dunia tapi apa yang Dida nak bagi adalah kenangan (sambil hulur permainan game),” luah Fazley.

Cik B kemudiannya menzahirkan penghargaan atas pemberian itu sebelum membuatkan Fazley terkesima dengan pertanyaanny.

“Terima kasih Dida, Cik B akan main selalu.

“Dida, saya nak tanya. Dida kan cari (wanita idaman) yang ‘Chinese look’ dan tak berapa kurus kan? Mak saya (Datuk Seri Vida) ‘Chinese look’ dan boleh berbahasa cina sekali.

“Lepas itu tak berapa kurus dan sangat organize. Saya rasa apa yang Dida describe itu semua macam mak saya,” seloroh Cik B.

Terdahulu, Fazley menyorot perhatian apabila mengakui masih mencari wanita idaman seperti yang dikongsikannya sebelum ini.

Ciri wanita yang diidamkannya adalah ‘Chinese look’ dan tidak terlalu kurus.

Malah, Fazley memaklumkan dia menerima banyak hantaran mesej daripada wanita yang mahu mencuba nasib selepas berkongsi ciri wanita idamannya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement