Skip to main content

Hiburan

Dari Zaman Bercinta Hingga Kahwin, Elizabeth Tan Amal Konsep 50-50 Dengan Suami - “Gilir-Gilir Bayar…”

Astro Gempak 254

Sekilas

  • Elizabeth Tan dan suaminya mengamalkan konsep perkongsian perbelanjaan 50-50 sejak zaman bercinta hingga berkahwin bagi mengelakkan rasa tidak puas hati.
  • Lizzy berkongsi cara ini dalam ruangan komen Threads selepas ditanya tentang amalan pasangan berbangsa Cina dalam hubungan.
  • Perkongsian Elizabeth mendapat pujian ramai kerana sikapnya yang tidak berkira dalam soal kewangan bersama pasangan.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mendedahkan dia dan suaminya masih mengamalkan konsep perkongsian perbelanjaan secara sama rata atau 50-50 sejak zaman bercinta sehingga kini selepas mendirikan rumah tangga.

Perkara itu dikongsikan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy menerusi ruangan komen Threads selepas seorang pengguna media sosial bertanyakan sama ada kebanyakan pasangan berbangsa Cina mengamalkan konsep tersebut dalam hubungan.

Advertisement

Menjawab persoalan itu, Elizabeth berkata, kaedah tersebut menjadi pilihan mereka bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

“Sepanjang masa sejak kami bercinta dan sekarang dah kahwin pun masih 50-50.

“Dengan cara ini, tak ada rasa kecil hati yang dipendam. Bergilir-gilir sahajalah bayar, apa isunya?” tulisnya.

dvfb

Perkongsian penyanyi lagu Knock Knock itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji sikapnya yang dianggap tidak berkira dalam soal kewangan bersama pasangan.

“Respect betul amoi macam Lizzy, tak berkira. Jarang jumpa.

"Oh hello girl, finally one same like me. I don’t see what’s the issue!!!,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor dan ahli perniagaan bernama Dr. Siew Jim Ding pada  21 Mac 2021.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement