Skip to main content

Filem

Daripada Baik Terus Berubah Jadi ‘Jahat’… Ini 5 Watak Ikonik Yang Menjadi Kejam Akibat Trauma

Astro Gempak 262

Sekilas

  • Watak antagonis seperti Anakin Skywalker, Wanda Maximoff, dan Mr. Freeze menunjukkan bagaimana kehilangan dan kesedihan boleh mengubah seseorang menjadi antihero atau penjahat yang kompleks.
  • Harvey Dent dan Darso pula menggambarkan perubahan tragis akibat trauma dan dendam, menjadikan mereka watak yang penuh konflik dan simpati.
  • Filem Badut Gendong dari Universe Qodrat mengangkat tema kehilangan dan ketidakadilan, menampilkan Darso sebagai watak tragis yang sedang ditayangkan di pawagam Malaysia.
Advertisement

Dalam dunia fiksyen, tidak semua watak antagonis dilahirkan dengan sifat jahat. 

Ada yang berubah menjadi antihero selepas melalui kehilangan, kesedihan dan pengorbanan yang mengubah seluruh perjalanan hidup mereka.

Perubahan itu menjadikan mereka lebih kompleks, malah ada yang berjaya meraih simpati penonton meskipun tindakan mereka akhirnya membawa kepada kemusnahan.

Berikut antara lima watak ikonik yang membuktikan bahawa cinta dan kehilangan mampu mengubah seseorang menjadi individu yang berbeza.

1.⁠ ⁠Anakin Skywalker (Star Wars)

fvfb

Sumber: Photo

Anakin bermula sebagai seorang Jedi yang berbakat besar dan baik. Namun, ketakutannya kehilangan insan tersayang serta keinginan untuk mengubah takdir akhirnya membuka ruang kepada pengaruh sisi gelap sehingga dia berubah menjadi Darth Vader.

2.⁠ ⁠Wanda Maximoff (Doctor Strange in the Multiverse of Madness)

Advertisement
vffb

Sumber foto: WIRED

Selepas kehilangan Vision dan anak-anak yang hanya wujud dalam realiti lain, Wanda tenggelam dalam kesedihan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya. 

Keputusannya itu akhirnya menjadikannya antara watak paling berbahaya dalam dunia adiwira.

3.⁠ ⁠Mr. Freeze (Batman)

VDFB

Sumber: Foto 

Victor Fries bukan penjenayah biasa. Segala tindakannya berpunca daripada usaha menyelamatkan isterinya yang menghidap penyakit serius. 

Demi mencari penawar, dia sanggup melanggar undang-undang sehingga dikenali sebagai Mr. Freeze.

4.⁠ ⁠Harvey Dent (The Dark Knight)
 

fv

Sumber: Foto


Pernah dianggap simbol keadilan Gotham City, Harvey Dent berubah menjadi Two-Face selepas kehilangan insan yang dicintai dan mengalami tragedi yang merosakkan hidupnya. 

Kekecewaan itu mengubah prinsipnya sehingga membiarkan nasib manusia ditentukan melalui lontaran syiling.

5.⁠ ⁠Darso (Badut Gendong)

vdv

Watak Darso dalam filem Badut Gendong turut membawa sisi kemanusiaan yang mendalam. 

Kehilangan isteri tercinta, Darsi, bersama bayi dalam kandungannya akibat kekejaman sekumpulan penjenayah menyebabkan kehidupannya musnah sekelip mata.

Kesedihan yang tidak mampu dibendung akhirnya bertukar menjadi dendam, sehinnga membawa Darso ke dalam kancah kuasa gelap sehingga dia berubah menjadi sosok yang digeruni. 

Namun di sebalik amarah tersebut, tersimpan kisah seorang suami yang kehilangan segala-galanya.

Tidak seperti filem seram konvensional, Badut Gendong mengangkat persoalan bagaimana trauma, kehilangan dan ketidakadilan mampu mengubah seseorang menjadi ‘raksasa’. 

Ia sekali gus menjadikan Darso antara watak paling tragis dalam francais Universe Qodrat.

Badut Gendong yang merupakan sebahagian daripada Universe Qodrat kini sedang ditayangkan di pawagam Malaysia dengan menampilkan barisan pelakon seperti Marthino Lio, Clara Bernadeth, Dayinta Melira, Iskak Khivano, Vonny Anggraini dan Jose Rizal Manua.

Filem ini merupakan terbitan MAGMA Entertainment, Komet Productions, Legacy Pictures, Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Applause, Virtuelines Entertainment, VMS Studio, Caravan Studio dan Alunan.

Anda mungkin berminat dengan

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement