Skip to main content

Hiburan

“Di Sebalik Kamera, Dia Sangat Mementingkan Agama” – Fazley Yaakob Kongsi Sisi Peribadi DSV Yang Ramai Tak Tahu

“Di Sebalik Kamera, Dia Sangat Mementingkan Agama” – Fazley Yaakob Kongsi Sisi Peribadi DSV Yang Ramai Tak Tahu

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi sisi peribadi Datuk Seri Vida yang sangat tenang, sopan, dan kuat pegangan agama di luar kamera.
  • Fazley melihat solekan tebal DSV sebagai persona kerjaya dan menegaskan wanita itu sangat merendah diri serta berpegang teguh pada agama.
  • Fazley menjelaskan perancangan perkahwinan mereka memerlukan persiapan rapi kerana melibatkan penyatuan dua keluarga dan memberi ruang kepada Syed Saddiq dan Bella Astillah menyelesaikan urusan mereka dahulu.
Advertisement

Cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkongsi sisi peribadi Datuk Seri Vida (DSV) yang membuatkan dirinya jatuh hati terhadap usahawan berkenaan.

Menurut Fazley, peribadi DSV di luar kamera jauh berbeza daripada persona yang sering dilihat umum, terutama dari segi ketenangan, kesopanan dan pegangan agama.

“Individu yang saya jatuh hati ialah seorang yang sangat tenang, sopan santun dan mementingkan agama.

“Di belakang kamera, dia sangat menitikberatkan solat sunat, berzikir dan membaca al-Quran setiap hari,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Fazley berkata, dia tidak melihat penampilan DSV yang sering dikaitkan dengan solekan tebal sebagai gambaran sebenar keperibadian wanita itu.

“Meskipun orang luar sering mengkritik soal solekan tebal, bagi saya itu hanyalah ‘persona’ untuk kerjayanya.

“Di mata saya, dia adalah wanita yang sangat merendah diri dan hebat pegangan agamanya. Itulah yang membuatkan saya yakin dia mampu menjadi teman hidup hingga ke syurga,” ujarnya.

Mengulas mengenai perancangan perkahwinan, Fazley berkata hubungan mereka melibatkan penyatuan dua keluarga yang memerlukan persediaan rapi sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

“Ramai yang bertanya bila kami akan bernikah. Perlu difahami, ini adalah penyatuan dua keluarga, iaitu seorang duda dan seorang janda.

“Ia memerlukan proses asimilasi selain memastikan semua dokumentasi dan persiapan dilakukan dengan sempurna,” katanya.

Buat masa ini, Fazley berkata dia mahu memberi ruang kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah untuk menyelesaikan urusan perkahwinan mereka terlebih dahulu.

“Saya mahu memberi laluan dan ruang kepada ‘adik-adik’ saya, Syed Saddiq dan Bella Astillah, untuk menyelesaikan urusan mereka terlebih dahulu.

“Insya-Allah, doakan selepas itu mungkin giliran abang dengan ‘kakak’ pula,” selorohnya.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Must Watch Video

Advertisement