Skip to main content

Hiburan

Diana Danielle Kongsi Pendapat Mengenai Anak Muda Lebih Memilih Jadi Influencer Berbanding Ilmuan - “Masalahnya Ialah…”

Diana Danielle

Sekilas

  • Diana Danielle menegaskan anak muda kini lebih memilih kerjaya sebagai influencer kerana faktor gaji yang lebih menarik berbanding menjadi ilmuan.
  • Dia menyeru agar golongan yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat diberi gaji dan pengiktirafan yang setimpal supaya dapat mengangkat reputasi mereka.
  • Diana mengambil contoh China yang memaparkan saintis mereka di papan iklan besar sebagai usaha menghargai dan memperkenalkan sumbangan ilmuan kepada masyarakat.
Advertisement

“Jangan kata artis, affiliates pun gaji kalah CEO,” demikian pandangan pelakon Diana Danielle ketika mengulas mengenai kecenderungan anak muda masa kini yang lebih memilih kerjaya sebagai influencer berbanding menjadi ilmuan.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Diana berpendapat golongan anak muda kurang berminat menjadi ilmuan disebabkan melibatkan faktor gaji. 

 

“Orang tanya kenapa orang muda sekarang lebih memilih jadi influencer daripada jadi ilmuan. Masalahnya ialah gaji.

 

“Pada masa itu, ibu bapa akan berkata, ‘masuk bidang seni tak ada masa depan.’ Sekarang, jangan kata artis, affiliates pun gaji kalah CEO,” katanya.

 

Diana turut berkata, pada akhirnya setiap individu hanya mahu memastikan kehidupan mereka terjamin selain mampu membina masa depan yang lebih baik.

 

Menurutnya, meskipun sesuatu pekerjaan itu dianggap mulia, ia tetap perlu disertai dengan ganjaran yang setimpal dengan usaha, kesakitan dan pengorbanan yang dicurahkan.

 

“Apa yang saya cuba katakan ialah… pada akhirnya, kita berusaha untuk terus hidup. Untuk membina masa depan untuk diri kita sendiri.

 

“Jika kerja itu mulia tetapi gaji tidak menggambarkan kesakitan dan pengorbanan, orang ramai akan memilih jalan yang lebih mudah,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, pelakon filem Terbang ini juga berharap individu yang benar-benar memberi sumbangan kepada masyarakat diberikan gaji serta pengiktirafan yang sewajarnya.

 

“Saya berharap mereka yang benar-benar memberi sumbangan kepada masyarakat diberi gaji dan pengiktirafan yang LAYAK mereka terima. Kembalikan daya tarikan dan rasa hormat,” katanya.

 

Diana turut mengambil contoh bagaimana China mula menonjolkan golongan saintis mereka menerusi paparan di papan iklan dan skrin besar di pelbagai lokasi.

 

Menurutnya, langkah sedemikian secara tidak langsung dapat mengangkat reputasi golongan ilmuan selain memperkenalkan sumbangan mereka kepada masyarakat dan dunia.

 

“China baru sahaja mula memaparkan saintis mereka di papan iklan skrin besar di merata tempat, mengangkat reputasi mereka dan menjadikan sumbangan mereka diketahui dunia.

 

“Di mana kita boleh mengetengahkan orang yang patut dihargai. Ia bermula dengan bagaimana negara itu sendiri mahu membentuk rakyatnya sendiri.

 

“Jangan gagalkan mereka yang benar-benar penting dengan gaji yang kecil dan tanpa sokongan,” katanya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement