Skip to main content

Hiburan

Didakwa Duduk Serumah, Nia Atasha Nafi Bersekedudukan Dengan Teman Lelaki - “Kami Cuma Setaman”

Nia Atasha

Sekilas

  • Nia Atasha menafikan dakwaan tinggal serumah dengan teman lelakinya, Sky Iskandar, walaupun video TikTok mereka menjadi tular.
  • Dia mengesahkan Sky hanya datang ke rumahnya untuk buat konten dan mereka tidak tinggal bersama.
  • Nia tidak melayan komen negatif kerana sudah biasa dengan kritikan sejak mula berkarier sebagai model.
Advertisement

Pelakon dan model, Nia Atasha menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dirinya tinggal serumah bersama teman lelakinya, Sky Iskandar selepas video mereka melakukan konten di TikTok menjadi bualan ramai.

Walau bagaimanapun, Nia yang turut dikenali sebagai Sleepylllama itu, mengakui video tersebut sememangnya dirakam ketika Sky datang ke kediamannya.

Advertisement

Dalam masa yang sama, pemilik nama Nia Atasha Rosli ini menjelaskan bahawa dia hanya menetap seorang diri di rumah.

“Oh, tak pun, kami tak serumah. Tapi dalam video tu memang dia dekat rumah saya, kita buat TikTok sama-sama, itu jelah.

“Tapi just to clear the air, kita tak duduk sekali pun. Kalau apa-apa pun, kita setaman. Rumah dia dekat, itu jelah. Tak ada apa-apa pun,” katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai komen negatif yang diterimanya, Nia memilih untuk tidak terlalu melayan memandangkan dakwaan tersebut tidak benar.

“Biasalah orang suka batu api kan? Tapi saya rasa saya dengan Sky jenis tak kisah sebab tak betul.

“Jadi tak ada rasa nak buat pengumuman atau clarify sangat. Orang nak fikir apa, fikirlah sebab at the end of the day, kita tahu benda tu tak betul,” katanya lagi.

Tambah pelakon berusia 33 tahun itu, dia juga tidak berasa rimas kerana sudah lali menerima komen negatif sejak mula menempa nama sebagai model sejak sedekad yang lalu.

“Saya tak rimas sebab dah biasa kot. Masa modeling dulu pun saya dah biasa dengan komen orang. Jadi bila ada komen-komen begitu, saya tak layan sangatlah.

“Impak negatif tak lama, saya rasa dalam seminggu saja. Lepas tu okay. Saya masih bekerja seperti biasa,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement