Skip to main content

Hiburan

‘Different’ Lembaran Baharu Syasya Rizal - “Same Me, Just A Different Chapter”

‘Different’ Lembaran Baharu Syasya Rizal - “Same Me, Just A Different Chapter”

Sekilas

  • Syasya Rizal melancarkan single solo pertamanya berjudul Different yang membawa mesej pemerkasaan diri dan identiti baru sebagai artis solo.
  • Lagu ini menggambarkan fasa hidup Syasya sebagai isteri dan ibu yang masih bersemangat mengejar impian dalam muzik tanpa perlu bersaing dengan orang lain.
  • Different kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital dan Syasya berharap lagu ini diterima baik oleh pendengar serta menjadi permulaan kerjaya solonya.
Advertisement

Penyanyi, Syasya Rizal secara rasmi membuka lembaran baharu dalam karier muzik solonya apabila melancarkan single pertamanya yang berjudul Different.

Dicipta dan ditulis bersama Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi, Naim Daniel serta Syasya sendiri, Different membawakan sentuhan pop segar dengan mesej pemerkasaan diri bahawa setiap individu berhak mengejar impian tanpa perlu bersaing atau membandingkan diri dengan orang lain.

Advertisement

Berkongsi mengenai inspirasi lagu itu, Syasya berkata dia mahu memperkenalkan identiti sebenarnya sebagai seorang artis solo.

Ujarnya, lagu itu menjadi penanda aras penting buatnya yang kini tampil dengan versi dirinya yang lebih matang, yakin dan berdikari, namum masih mengekalkan elemen muzik yang sudah sinonim dengannya.

“Bila pertama kali masuk ke studio bersama Amirul, saya beritahu dia bahawa saya mahu buat muzik yang apabila orang dengar, mereka terus tahu, ‘Oh, ini Syasya.’ Elemen tenaga dan muzik yang orang kenal sebelum ini masih ada, cuma kali ini saya tampil dengan fasa kehidupan dan pengalaman yang baharu. Same Syasya, just a different chapter,” jelasnya.

Tambah Syasya, Different juga cukup dekat dengan dirinya kerana lagu berkenaan menggambarkan fasa kehidupannya kini sebagai seorang isteri dan ibu yang masih mahu mengejar impian dalam bidang muzik.

“Saya mencurahkan sepenuh hati dalam lagu ini. Mesej utamanya sangat ringkas, saya di sini bukan untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi untuk membina laluan saya sendiri.

“Fasa motherhood atau perkahwinan bukanlah penghalang untuk seorang wanita berhenti mengejar impian. Keutamaan kita mungkin berubah, tetapi impian tidak perlu dipadamkan. Saya berharap lagu ini dapat memberi peringatan kepada wanita di luar sana bahawa anda boleh terus membesar, berubah, dan mengejar impian yang membuatkan anda berasa hidup,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Syasya turut bersyukur kerana mendapat sokongan daripada pasukan produksi sepanjang proses menghasilkan lagu tersebut, lebih-lebih lagi ini merupakan pengalaman awalnya dalam penulisan lagu.

“Meskipun saya masih baharu dalam bidang penulisan lagu, mereka sangat terbuka mendengar idea dan pandangan saya. Suasana kerja yang selesa dan saling menghormati membolehkan saya lebih berani untuk menyuarakan apa yang saya inginkan secara kreatif. Semua orang mahukan yang terbaik untuk lagu ini, dan daripada situlah lahirnya ‘Different’,” tambahnya.

Syasya berharap Different dapat diterima pendengar dan menjadi hadiah buat peminat yang selama ini sabar menantikan kemunculan karya solonya.

“Saya berharap para pendengar dapat menikmati tenaga lagu ini, menari bersama, dan memahami mesej di sebaliknya. Untuk semua yang telah sabar menanti saya mengeluarkan lagu solo, terima kasih atas kesabaran anda. Insya-Allah, ini hanyalah permulaan kepada banyak lagi perkara menarik yang akan datang,” katanya menutup bicara.

Different kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement