Skip to main content

Hiburan

Dikecam Tak Ada Empati Ketika ‘Interview’ Mak Jah, Rosyam Nor Terbuka Terima Kecaman - “Barulah View Naik & Algoritma Bergerak”

Rosyam Nor

Sekilas

  • Datuk Rosyam Nor terbuka terima kritikan terhadap cara penyampaiannya yang dianggap kasar dalam podcast Hitam Putih Kehidupan bersama Mak Jah.
  • Rosyam menjelaskan ramai pengkritik sebenarnya tidak menonton keseluruhan episod dan menganggap komen mereka membantu menaikkan algoritma tontonan.
  • Beliau menegaskan konsep podcast berbeza dengan program TV konvensional dan cara penyampaiannya bertujuan untuk 'provoke' bagi mengeluarkan cerita sebenar tetamu.

Pelakon Datuk Rosyam Nor terbuka menerima kritikan susulan dakwaan cara penyampaiannya yang agak kasar ketika mengendalikan podcast Hitam Putih Kehidupan menerusi sesi temu bual bersama aktres veteran, Mak Jah.

 

Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 59, menganggap kebanyakan individu yang mengkritik sebenarnya tidak menonton keseluruhan kandungan podcast tersebut. 

 

“Sebenarnya yang komen itu mereka tak menonton pun. Tapi perlu juga orang seperti mereka. Barulah ‘view’ video saya naik. Barulah algoritma bergerak. 

 

“Jadi saya tak salahkan pun mereka nak cakap saya kurang ajar atau apa. Saya tahu apa yang saya buat. 

 

“Saya berterima kasih kepada yang memberikan komen kerana ia membentuk algoritma yang baik untuk orang menonton episod bersama Mak Jah itu,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, pelakon filem Keluang Man itu berkata, era media sosial zaman kini membolehkan sesiapa sahaja berkongsi pendapat, berbeza dengan pada awal pembabitannya dalam industri hiburan.

 

Jelasnya, konsep podcast yang dibawanya tidak boleh disamakan dengan format program televisyen konvensional. 

 

“Zaman sekarang orang boleh bercakap macam-macam. Zaman saya dulu tak ada media sosial, jadi bagi saya, bila mereka tengok podcast saya, itulah saya yang sebenar.

 

“Saya tak boleh buat podcast macam paparan di stesen televisyen. Orang takkan tengok pun. Sebab anda kena faham, dalam masa satu saat, berjuta kandungan keluar di media sosial.

 

“Jadi beginilah saya akan perkenalkan saya punya podcast, dengan cara saya. Kerja saya adalah ‘provoke’, untuk keluarkan apa yang cuba dia sorok. Tapi dalam stesen TV tempatan, tak boleh buat macam itu. Cara itu agak kasar,” ujarnya. 

 

Sebelum ini, menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah membuat pendedahan mengenai episod duka dalam kehidupannya apabila pernah berdepan dengan keganasan rumah tangga serta pengabaian nafkah selama 15 tahun.

 

Mak Jah turut berkongsi pengalaman dipukul oleh suami selepas enggan melayan permintaannya untuk ‘bersama’.

 

Namun, respons balas Rosyam terhadap pendedahan tersebut telah mengejutkan rata-rata netizen sehingga ada yang menuduh pelakon lelaki itu kurang empati terhadap situasi dialami Mak Jah.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

⭐⭐ New bedroom bedside lamp with timer function, brightness adjustment,lampu malam creative LED gift

⭐⭐ New bedroom bedside lamp with timer function, brightness adjustment,lampu malam creative LED gift

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement