Majalah Elle UK berdepan kecaman selepas ‘membuang’ Rose Blackpink daripada kelompok selebriti dunia Hailey Bieber, Zoë Kravitz dan Charli XCX yang bergambar pada acara Paris Fashion Week 2026 di Paris, baru-baru ini.
Tindakan ‘membuang’ foto Rose atau crop itu dianggap sebagai bersifat perkauman, sekaligus memberi impak buruk kepada majalah terkenal itu.
Advertisement
Hal itu lantaran keberadaan Rose dalam kelompok foto itu tidak dibuang oleh majalah lain.
Tekanan yang diterima dalam kalangan pengguna media sosial yang mengecam tindakan Elle UK telah membuat redaksi majalah tersebut membuat permohonan maaf.
Menerusi permohonan maaf yang dikeluarkan, Elle UK memaklumkan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa.
“Kami memohon maaf untuk foto Rose Blackpink yang telah dibuang daripada bidikan kamera di Paris Fashion Week dan disiarkan dalam majalah kami.
“Perkongsian itu telah dihapuskan dan kami akan lebih berhati-hati pada masa hadapan dalam menyampaikan acara secara keseluruhan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan.
Sementara itu, Rose dilihat santai dengan kontroversi yang tercetus.
Menerusi perkongsian di laman sosialnya, penyanyi APT itu langsung tidak menyentuh tentang insiden yang berlaku.
Rose sebaliknya menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pengarah Kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello kerana telah menjemputnya ke acara tersebut.
“Terima kasih kerana telah menghadirkan saya ke acara yang cukup luar biasa. Karya anda sangat cantik. Sayanga awak,” tulisnya seperti dilaporkan The Korea Times.
Rose merupakan duta jenama fesyen terkenal itu sejak 2020.