Sekilas
- Pengacara Adriana Adnan berjaya menamatkan cabaran HYROX Solo pertamanya di Bangkok dengan catatan masa 1 jam 47 minit 28 saat tanpa sebarang kecederaan.
- Adriana sebelum ini pernah sertai HYROX kategori beregu wanita dua kali, namun cabaran solo datang daripada pengurusnya, Elyias Omar, yang mendorongnya keluar dari zon selesa.
- Elyias sanggup cari pakej lain selepas penyertaan habis terjual demi memastikan Adriana dapat sertai perlumbaan tersebut, sambil mereka berkongsi impian memiliki pulau sendiri suatu hari nanti.
Pengacara Adriana Adnan melakar satu lagi pencapaian peribadi apabila berjaya menamatkan cabaran HYROX Solo pertamanya di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Lebih manis, Adriana berjaya menamatkan perlumbaan tersebut tanpa sebarang kecederaan selain menyifatkannya sebagai satu pengalaman yang cukup bermakna.
Menerusi perkongsian di Threads, Adriana mendedahkan sebelum ini dia pernah dua kali menyertai HYROX dalam kategori beregu wanita masing-masing pada Mei dan Jun lalu.
Namun, pengurusnya, Elyias Omar menjadi individu yang mencabarnya untuk keluar daripada zon selesa dengan menyertai kategori perseorangan wanita di Bangkok.
“Alhamdulillah, with the strength that Allah gave me, I survived my HYROX SOLO debut!
“I did women's doubles twice this year (May & June) and my manager, @elyiasomar decided to challenge me for women's singles in Bangkok! Gila! Syukur, finished the race with no injuries and a great experience,” tulisnya.

Berdasarkan keputusan perlumbaan yang turut dikongsikan Adriana, dia berjaya menamatkan cabaran tersebut dengan catatan masa 1 jam 47 minit 28 saat.
Dalam perkongsian berasingan, Adriana turut mendedahkan Elyias menjadi individu yang tidak putus-putus mendorongnya untuk menyertai pertandingan tersebut sehingga sanggup mencari pakej lain selepas penyertaan dilaporkan sudah habis terjual.

“@elyiasomar menekan nekan sampai terus beli yarrr! Dah sold out pun dia cari from @klookmy hyrox athlete & travel package! Thank you for the push babe
“Selalu suruh I keluar from my comfort zone. Selalu bagi nasihat supaya I jadi better. Semoga kita grow sama-sama sampai kita ada pulau sendiri duduk lepak minum air kelapa sambil tengok sunset, aderrr. Amin!” tulisnya.

Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, Elyias dilihat memaklumkan kepada Adriana bahawa slot pertandingan sudah habis terjual sebelum mencari pilihan lain untuk membolehkannya menyertai acara berkenaan.
Malah, Elyias sempat berseloroh menerusi ruangan balas dengan meminta Adriana membeli pantai terlebih dahulu sekiranya impian mereka memiliki pulau sendiri suatu hari nanti menjadi kenyataan.
“Okay beli pantai dulu kat lgk. Hehehe... blh run tepi pantai. Lahhhh,” tulisnya.

Perkongsian Adriana mengenai debut HYROX Solo itu turut mendapat perhatian pengikutnya di Threads yang memberikan sokongan terhadap pencapaian tersebut.