Skip to main content

Selebriti

Disangka Makan Area Rumah, Watie Terharu Rupanya Shuib Buat Kejutan Hari Jadi - “Bila Daddy Boleh Buat Macam Ni Untuk Saya, Rasa Nak Nangis Tau”

Shuib beri Watie kejutan

Sekilas

  • Watie Hanifiah terharu dengan kejutan ulang tahun kelahiran yang dirancang oleh suaminya, pelawak Shuib.
  • Kejutan makan malam bertemakan putih denim itu dihadiri oleh orang-orang penting dalam hidup mereka, membuatkan Watie rasa sangat bermakna dan terharu.
  • Watie dan Shuib bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, selepas mereka sah bergelar suami isteri pada Jun 2023.

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa terharu melihat usaha suaminya membuat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Watie berkongsi momen manis tersebut menerusi beberapa siri hantaran di akaun Instagram miliknya.

Menurut Watie, ketika kejutan itu berlaku, dia baru sahaja pulang daripada menguruskan pembelian barang untuk ‘booth’ dan dalam keadaan tidak bersiap.

Shuib kemudiannya mengajak dirinya keluar makan malam dengan alasan hanya di sekitar kawasan rumah.

“Ini kali betul-betul suprise Daddy menjadi, yang paling mummy terkejut, daddy siap buat tema putih denim tapi dibiarnya mummy pakai baju kelawar.

“Mummy dengan comotnya baru balik settle beli barang untuk booth tiba-tiba daddy kata jom pergi dinner.

“Katanya makan area rumah je, nahhhh… Sekali  semua orang-orang penting dalam hidup mummy dan daddy ada,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Watie mengakui hatinya tersentuh dengan kejutan Shuib yang disifatkan sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya.

Kata Watie, dia tidak menyangka Shuib mampu merancang kejutan tersebut memandangkan suaminya itu bukan seorang yang pandai membuat persiapan rapi.

“Terima kasih daddy, saya tahu daddy tak pandai sangat setup atau plan kan kejutan ni, tapi bila daddy boleh buat untuk saya macam ni, saya sangat-sangat terharu dan rasa nak nangis tau.

“Nasib masa suprise tengah bawak perut tadi ada rasa cramp, kalau tak mesti mummy dah melompat menangis keriangan peluk daddy.

“I love u daddy! Semoga Allah jaga hubungan kita dan kita sentiasa hidup berkasih sayang dalam apa jua keadaan. Terima kasih semua yang datang dan sempurnakan suprise daddy untuk mummy,” tulisnya.

 

 Terdahulu, Watie dan Shuib bakal menyambut kehadiran cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada April depan.

 

Untuk rekod, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri pada 23 Jun 2023, dua tahun selepas pemergian isteri tercinta Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 2021.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement