Penyanyi, Syasya Rizal tampil memberikan respon terhadap segelintir komen negatif yang diterimanya berikutan kekerapan berkongsi pelbagai momen peribadi dan pandangan di media sosial.
Menurut Syasya, segala hantaran yang dimuat naik bukanlah untuk meraih perhatian semata-mata, sebaliknya bertujuan untuk memberi inspirasi dan mungkin manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Advertisement
“Tak perlu butthurt bila orang share pengalaman di media sosial. Kalau tak manfaatkan awak, mungkin ia bermanfaat untuk orang lain. Itu namanya sharing moments,” tulisnya menerusi aplikasi Threads.
Dalam pada itu, Syasya juga turut menjelaskan mengenai perkongsian hantarannya sebelum ini iaitu mengenai doa isteri kepada suami.
Kata Syasya, kenyataan itu bukanlah sekadar pendapat peribadi, sebaliknya bersandarkan kepada nas agama yang jelas.
“Dan tentang doa isteri, bukan saya yang pandai-pandai cakap, dalam hadis sendiri jelas doa seorang isteri untuk suaminya itu mustajab.
“Jadi kenapa nak persoalkan sesuatu yang sudah Allah muliakan?” tulisnya.

Terdahulu, isu tercetus apabila ada segelintir netizen mempersoalkan kewajaran Syasya berkongsi hal-hal berkaitan rumah tangga, termasuk menyentuh tentang kekuatan doa seorang isteri untuk suaminya.
Bekas anggota kumpulan Dolla itu memberitahu bahawa dia tidak senjaga mendoakan kesakitan suaminya.
Namun, Syasya menjelaskan dia hanya bergurau ketika terasa hati dengan sikap suami sepanjang keadaan dirinya tidak sihat dan berasa berdosa terhadap suaminya apabila mengeluarkan kata-kata yang negatif.