Skip to main content

Hiburan

Dituduh Tak Reti Bersyukur, Bekas Isteri Chazynash Tampil Pertahankan Diri - “Saya Tak Pernah Tuntut…”

Fatin Morat

Sekilas

  • Fatin Morat, bekas isteri pempengaruh Chazynash, menjelaskan mengenai wang mutaah RM100,000 yang merupakan persetujuan bersama dan sebahagian simpanan semasa perkahwinan mereka.
  • Jumlah nafkah anak-anak yang dikatakan RM8,200 sebenarnya merangkumi komitmen seperti rumah, insurans, bil utiliti, yuran tuisyen dan keperluan harian, bukan wang tunai untuk Fatin.
  • Fatin menegaskan Chazynash tidak culas sebagai bapa dan meminta netizen berhenti mengkritik adiknya yang mempertahankannya, sambil memilih untuk menjaga privasi keluarga.

Bekas isteri kepada pempengaruh Chazynash iaitu Fatin Morat tampil mempertahankan dirinya selepas menerima pelbagai kecaman termasuklah didakwa tidak bersyukur dengan nafkah yang diberikan.

Menerusi perkongsian di Threads, Fatin menjelaskan lebih terperincin mengenai wang mutaah yang bernilai RM100,000 dan juga nafkah anak-anak sebanyak RM8,2000.

“Berkenaan mutaah sebanyak RM100,000, jumlah tersebut adalah hasil persetujuan bersama antara kami, dan ia juga merupakan sebahagian daripada simpanan kami bersama semasa perkahwinan.

“Fatin tak pernah tuntut harta sepencarian. Perkara selebihnya biarlah menjadi urusan Fatin dan Chazy sahaja. Tentang nafkah anak-anak pula, Fatin jelaskan agar tiada salah faham.

“Memang benar Fatin menerima nafkah, namun jumlah tersebut bukanlah RM8200 secara tunai dan logik untuk Chazy bayar sebab tu adalah komitment anak-anak kami walaupun sebelum cerai, bukan RM8200 Fatin dapat bersih pergi enjoy holiday.

“Jumlah itu telah dikira termasuk rumah yang Fatin dan anak-anak tingal sekarang (rumah semasa kami bersama). Insurans anak-anak, bil api dan air, keperluan harian yuran tuisyen serta transit memandangkan anak-anak kami bersekolah Cina dan memerlukan teacher untuk ajar homework dan sebagainya.

“Tidak ada walau satu sen pun daripada nafkah tersebut yang merupakan bahagian untuk Fatin sendiri,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, Fatin turut memberitahu bekas suaminya tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Memilih mengunci mulut demi menjaga nama semua pihak, Fatin bagaimanapun meminta netizen agar berhenti memberi kecaman terhadap adiknya yang mempertahankannya.

“Sebagai seorang Muslim, Chazy telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada anak-anak kami dan memang tugas dia dan Fatin bersyukur akan hal itu. Alhamdulillah.  

“Fatin telah lama memilih untuk mengunci mulut demi menjaga nama semua pihak. Oleh itu, Fatin berharap tiada pihak yang membuat spekulasi atau andaian sendiri. Fatin juga mohon agar hentikan kecaman terhadap adik Fatin.

“Dia telah melakukan yang terbaik sebagaimana seorang adik sepatutnya. Hal ini biarlah hanya Fatin dan ahli keluarga Fatin sahaja yang mengetahuinya,” ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement