Sekilas
- Datuk Seri Vida berkongsi pengalaman anaknya, Cik B, yang pernah kurang keyakinan diri kerana warna kulit gelap ketika berusia 12 tahun.
- Cik B takut keluar rumah dan ke sekolah akibat ejekan, walaupun DSV cuba pujuk menggunakan produk penjagaan kulit QuPuteh tomato.
- Kini, Cik B semakin menjaga kulit wajah sendiri dan sudah pandai meminta stok produk tanpa dipaksa.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengimbau kembali pengalaman anaknya, Cik B yang pernah berdepan masalah kurang keyakinan diri ketika zaman kanak-kanak disebabkan warna kulitnya.
Menerusi perkongsian di Threads, Datuk Seri Vida atau DSV mendedahkan Cik B pernah takut untuk keluar rumah, malah enggan ke sekolah kerana sering diejek mempunyai kulit gelap.
Menurut DSV, keadaan itu berlaku ketika Cik B berusia 12 tahun dan dia pernah memujuk anaknya menggunakan produk penjagaan kulit, namun tidak mendapat sambutan.
“Zaman di mana Cik B takut keluar rumah, takut pergi sekolah sebab orang mengata Cik B hitam huduh. Mak jual skincare produk putih tapi anak hitam.
“Waktu ni Cik B berusia 12 tahun, saya paksa pakai sabun QuPuteh tomato tapi Cik B tak nak, yela umur masih muda tak fikir nak jaga kulit sebagainya hanya suka main panas,” kongsinya.
Bagaimanapun, DSV berkata anaknya kini semakin mengambil berat tentang penjagaan diri dan kulit wajah tanpa perlu dipaksa seperti dahulu.
Malah, Cik B yang sebelum ini enggan menggunakan sabun berkenaan kini sudah pandai meminta stok sendiri.
“Tapi bila dah besar Cik B dah muka jaga diri, jaga kulit muka tak payah paksa sendiri guna sabun tomato 😂 Siap minta stock lagi,” ujarnya.
Sumber - Threads