Skip to main content

Hiburan

Duo Baharu Dari Sabah Sedia Gegarkan Industri Muzik Serantau, MCMD Pertaruhkan 'Modus' Sebagai Genre Hipdut Pertama Malaysia

Astrogempak MDMC

Sekilas

  • Duo wanita baharu dari Sabah, MCMD, membuat debut dengan single pertama mereka berjudul “Modus” di bawah Chaoss Entertainment.
  • Single ini dirakam di Jakarta dengan sentuhan moden dan rentas budaya, sesuai untuk pasaran Malaysia dan Indonesia.
  • MCMD berharap “Modus” dapat diterima ramai dan menjadi permulaan yang bermakna dalam industri muzik serantau.

Industri muzik tanah air kini menyaksikan kemunculan sebuah duo wanita baharu yang penuh potensi, MCMD, yang secara rasmi membuat debut menerusi single pertama mereka berjudul “Modus.”

Duo ini dianggotai oleh dua gadis berbakat dari Sabah, Michelle Cheng (MC) dan Melinda Dadew (MD). 

Michelle Cheng sebelum ini dikenali sebagai personaliti media sosial aktif di TikTok dengan pengikut setia, manakala Melinda Dadew pula memiliki kekuatan vokal serta pengalaman pentas, termasuk penyertaannya dalam program realiti Astro “Raise The Stars” sehingga ke peringkat suku akhir.

Kini berada di bawah naungan Chaoss Entertainment, MCMD merupakan projek terbaru label tersebut dalam usaha melahirkan bakat baharu yang mampu menembusi pasaran serantau. 

Chaoss Entertainment memainkan peranan penting dalam membentuk identiti duo ini serta membawa mereka ke Jakarta, Indonesia bagi proses rakaman lagu debut mereka.

Single “Modus” merupakan hasil ciptaan komposer Indonesia, Rizky Maulana dan Rarin, yang menggabungkan elemen moden dengan sentuhan rentas budaya, sekaligus menjadikan lagu ini relevan untuk pasaran Malaysia dan Indonesia.

Pembikinan muzik video “Modus” pula telah dijalankan selama dua hari di sekitar Jakarta, memberikan pengalaman berharga buat MCMD dalam membina chemistry dan memperkukuhkan identiti artistik mereka.

“‘Modus’ adalah permulaan untuk kami. Kami nak orang kenal siapa MCMD dan apa warna muzik kami. Ini langkah pertama yang sangat bermakna,” kata Michelle Cheng.

“Pengalaman rakaman dan penggambaran di Jakarta memang mencabar tetapi sangat berharga. Kami harap ‘Modus’ dapat diterima dan memberi impak kepada pendengar,” tambah Melinda Dadew.

Menurut pihak Chaoss Entertainment, penubuhan MCMD adalah sebahagian daripada visi jangka panjang untuk membangunkan artis yang bukan sahaja relevan secara digital, tetapi juga mempunyai nilai komersial dan identiti yang kuat di peringkat antarabangsa.

Dengan gabungan karisma, bakat dan strategi yang kukuh, MCMD dilihat berpotensi untuk menjadi antara nama baharu yang mencuri perhatian dalam industri muzik serantau.

Dengarkan “Modus” di semua platform digital dan tonton muzik video rasmi di saluran YouTube Chaoss Entertainment bermula 1 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement