Skip to main content

Selebriti

Elliza Razak Jual Minyak Wangi, Akui Tertekan Masalah Kewangan - “Penat Hadap Sorang-Sorang…”

Elliza

Sekilas

  • Penyanyi Elliza Razak berkongsi tentang tekanan kewangan yang dihadapi sebagai ibu tunggal yang membuatkan emosinya rapuh kebelakangan ini.
  • Elliza memohon kata-kata semangat daripada ibu tunggal lain dan mendedahkan dia kini menjual minyak wangi untuk menambah pendapatan.
  • Perkongsian Elliza mendapat sokongan netizen yang memberikan kata-kata semangat dan doa agar urusannya dipermudahkan.
Advertisement

Penyanyi Elliza Razak mengakui dirinya sedang melalui fasa sukar apabila berdepan tekanan kewangan sebagai ibu tunggal sehingga membuatkan emosinya menjadi semakin rapuh sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads baru-baru ini, Elliza mengakui dirinya agak penat melalui fasa tersebut seorang diri dan memohon diberikan kata-kata semangat daripada golongan ibu tunggal yang pernah melalui pengalaman sama.

Advertisement

“Single mom to single mom, boleh bagi saya kata-kata penguat sikit? Hati agak rapuh lah these few days. Especially bab financial ni.

“Penat hadap sorang-sorang weyh. Segala usaha dah buat macam-macam ni. Banyak gila nak settlekan,” luahnya.

Dalam hantaran sama, Elliza juga memaklumkan dia mengambil inisiatif dengan menjual minyak wangi untuk menambah pendapatan.

“Ntah lah harap adalah yang nampak saya duk usaha menjual perfume saya tu. Boleh ke yang nampak ni tadah tangan doakan untuk seketul Elliza Razak ni?” coretnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen dengan mmeberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan Elliza dipermudahkan.

Anda mungkin berminat dengan

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement