Skip to main content

Selebriti

Elliza Razak Kenang Momen Terakhir Bersama Arwah Lydia Ibtisam - “Seminggu Dua Sebelum Hang Pergi…”

Elliza Razak Lydia

Sekilas

  • Elliza Razak meluahkan rindu terhadap arwah sahabatnya, Lydia Ibtisam, yang banyak meninggalkan kenangan manis terutama ketika mereka berlakon dan tinggal serumah selama tiga bulan.
  • Elliza berkongsi pengalaman berlakon tanpa skrip bersama Lydia yang penuh keserasian dan menyeronokkan, serta mengenang detik-detik terakhir sebelum Lydia meninggal dunia.
  • Lydia Ibtisam dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit autoimun dan jangkitan kuman, selepas beberapa kali menerima rawatan di hospital.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak meluahkan rasa rindu terhadap arwah sahabatnya, Lydia Ibtisam yang banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidupnya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Elliza mengimbas kembali kenangan ketika mereka pernah berlakon bersama, selain tinggal serumah selama tiga bulan sepanjang menjayakan projek berkenaan

Advertisement

“Haih Lydia, rindu hang! Inilah last cerita kita berlakon sama. Duduk serumah tiga bulan, @alisyaminione umur lapan bulan lagi masa ni, duduk lah ketuk pintu bilik aku nak menempek dengan aku hahaha.

“Sekarang dah 14 tahun dah besaq dia. Haritu dia peluk aku pun kena tunduk sebab dia lagi tinggi dari aku weyh!

“Hang tak ada watak dalam ni. Tapi kita duduk paksa berlakon sekali hang ok jugak nak join. Kan @ezammerican. Terima kasih lah tinggalkan kenangan manis dengan aku kat dunia ni,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Elliza juga turut mengimbas kembali momen mereka ketika berlakon, di mana kebanyakan babak yang dilakukan bersama tidak mempunyai skrip khusus.

Namun disebabkan keserasian antara mereka membuatkan lakonan tersebut menjadi dan suasana juga menyeronokkan.

“Masa ni bantai je tak ada skrip. Tapi memang menjadi betul lah. Aku bagi, hang sambut. Hang bagi, aku pula sambut. Syok betul lah!

“Aku akan rindu suara hang beb. Seminggu dua sebelum hang pergi, aku tak tahulah dalam kepala ni duk lah teringat kat hang. Rupanya hang nak bye bye kami semua rupanya,” coretnya.

Terdahulu, Lydia Ibtisam dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di ibu kota pada Khamis.

Sebelumnya, penyanyi yang juga rakan baik kepada arwah, Elliza Razak memohon orang ramai mendoakan kesihatan Lydia yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi penyakit autoimun dan jangkitan kuman sehingga menjejaskan fungsi organ dalamannya.

Elliza turut berkongsi Lydia telah beberapa kali menerima rawatan di hospital sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot.

Sumber: Threads @ellizarazak

 

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Must Watch Video

Advertisement