Skip to main content

Hiburan

Elly Arifin Suka Cara Fikry Ibrahim & Bekas Isteri ‘Handle’ Isu Berpisah - “Tak Perli-Perli, So Profesional”

Elly Arifin Suka Cara Fikry Ibrahim & Bekas Isteri ‘Handle’ Isu Berpisah - “Tak Perli-Perli, So Profesional”

Sekilas

  • Pelakon dan pengacara Elly Arifin memuji cara profesional dan matang Fikry Ibrahim serta bekas isteri, Siti Khalizah Alihan, mengendalikan perpisahan mereka tanpa menyindir di media sosial.
  • Fikry mengesahkan mereka sudah berpisah sejak 173 hari lalu dan memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak sambil mendoakan bekas isterinya.
  • Khalizah pula memilih untuk meneruskan hidup dengan hati tenang dan percaya ada hikmah di sebalik perpisahan tersebut.
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Elly Arifin memuji cara selebriti iaitu Fikry Ibrahim dan bekas isteri, Siti Khalizah Alihan dalam mengendalikan situasi selepas mereka berpisah.

Menerusi Threads, Elly meluahkan rasa kagum terhadap dua individu itu yang memilih untuk tidak saling menyindir atau membuka aib di media sosial.

Advertisement

“Suka tengok cara Fikry dgn Khalizah handle situation lepas berpisah. Takde perli2 kat social media. So professional and matured,” tulisnya.

Terdahulu, Fikry mengesahkan dia dan Khalizah sudah berpisah sejak 173 hari lalu.

Fikry menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan dia memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak selain mendoakan agar bekas isterinya sentiasa dipelihara dan dipermudahkan segala urusan.

Sementara itu, Khalizah pula berkata dia memilih untuk meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang serta percaya ada hikmah di sebalik ketentuan tersebut.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2025.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement